Nak cari kerja dah lah susah. Lagi-lagi dengan ekonomi sekarang. Bapa ni pula tergamak buat macam ni dekat anak dia, semata-mata sebab anak dia tak dapat kerja?
Menurut Utusan, seorang bapa yang berasal dari Perak telah memukul kepala anaknya menggunakan tukul besi kerana kecewa anaknya menganggur walaupun ada degree. Ingat senang ke nak cari kerja?
Ketua Polis Daerah Kerian, Superintenden Omar Bakhtiar Yaacob berkata, kejadian menimpa wanita itu dimaklumkan kepada polis oleh Hospital Parit Buntar pada pukul 7.25 petang.
“Mangsa yang sedang mengaji al-Quran itu telah didatangi bapanya yang baharu pulang bekerja dan lelaki itu yang merupakan tukang rumah telah memukul mangsa di kepala secara tiba-tiba.”
Selepas melihat anaknya cedera parah, bapa ini mula mencederakan diri sendiri dengan menghentak kepala ke dinding rumah dan menyebabkan dia mendapat lima jahitan di kepala dan retak tulang tangan kiri.
Namun korang tak payah risau kerana wanita malang ini sedang mendapat rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di Ipoh. Bapanya pula telah ditahan oleh polis semasa menjalani rawatan di hospital.
Harapnya wanita ini baik-baik saja dan cepat sembuh.
Baca: Video Wanita Tengking dan Pukul Anak Kecil Tular, Malangnya Tiada Yang Tampil Membantu