Selepas berita penemuan mayat remaja perempuan Ireland berusia 15 tahun, Nora Anne Quoirin disahkan selepas 10 hari kehilangannya, pelbagai kisah keluar berkait dengan kes tersebut.
Salah satunya mengenai lokasi penemuan mayat remaja tersebut iaitu di Gunung Berembun yang didakwa sudah ‘memakan’ puluhan nyawa sebelum ini, malah cerita serta bukti kes turut dikongsikan HilmiQimie menerusi twitternya pada 13 Ogos lalu.
“…kami warga Pantai dan berdekatan pun tak berani nak pergi ke Gunung Berembun, tempat Nora Anne ditemui mati”
https://twitter.com/HilmiQimie/status/1161272404808622080
Anggaplah tragedi yang menimpa Nora Anne ini sebagai satu titik tolak untuk kita lebih berhati hati dan…
Hilmi berkata kawasan Pantai, Seremban sememangnya salah satu lokasi yang mempunyai pemandangan yang cukup cantik malah mampu memukau sesiapa yang melihatnya, namun tiada siapa tahu ‘misteri’ yang tersimpan yang didakwa telah ‘memakan’ puluhan nyawa suatu masa dahulu.
Pesawat terhempas 8 maut, peristiwa kepala air dan pendaki meninggal dunia yang…
Lebih mengejutkan, Hilmi berkata masyarakat orang asli juga tidak menggalakkan orang ramai ke Gunung Berembun kerana kebanyakan pendaki melanggar pantang larang.
Dalam kelompok masyarakat itu percaya kewujudan perkampungan bunian yang tidak terlihat dek mata kasar manusia.
“…yang diganggu di ghour jarang selamat? Persoalannya apa itu Ghour?”
Jadi apa kaitan kes Nora Anne dengan Gunung Berembun?
Wallahualam kita tak tahu apa yang jadi kepada Nora Anne selagi tiada maklumat rasmi daripada pihak polis dan perubatan kan?