in

“Tega banget gilaaa” – Designer Indonesia Buat Handbag Guna Tulang Belakang Budak Dikecam Netizen Seluruh Dunia

Collage 3

Mungkin bagi orang Indonesia, nama Arnold Putra tak asing bagi dorang. Tapi untuk korang yang tak tahu, Arnold Putra merupakan seorang pereka fesyen yang berasal dari Indonesia yang bertapak di Los Angeles.

Pada tahun 2016, lelaki ini telah membuat beg tangan yang dikatakan diperbuat daripada lidah buaya sebenar (bukan pokok) dan tempat pemegangnya adalah dari tulang belakang kanak-kanak yang mengidap osteoporosis. Gila!!!

Walaupun posting ini dah dibuat sejak empat tahun lalu, tak ramai sangat orang yang perasan sehinggalah pada 23 Mac lepas seorang netizen telah kongsikan paparan Instagram Arnold di Twitter dan ia mula mendapat perhatian dan kritikan netizen dari seluruh dunia, lapor Insider.

“Besok-besok pake tulang belakang lu sendiri aja ya!”

Post dari tahun 2016 ini telah dihujani komen-komen kecaman dari netizen yang rata-ratanya merasakan tindakan Arnold menggunakan tulang belakang kanak-kanak ini sebagai jijik dan tak berperikemanusiaan.

Whatsapp Image 2020 05 05 At 15.30.30 Side

Menurut HaiBunda pula, selain menjadi pereka fesyen, Arnold juga adalah seorang pengumpul kereta yang produktif di Indonesia.

So, dengan kemewahannya ini, dia sering travel dan melawat suku dan budaya di serata dunia serta menukar barang mewahnya dengan barang-barang yang dianggap berharga oleh suku atau puak yang dilawatinya.

Menurut designer ini, dia telah membeli tulang sum-sum kanak-kanak ini dari perniagaan berlesen di Kanada. Menurutnya, tulang tersebut asalnya didermakan atas tujuan perubatan dan kemudiannya dijual.

Pun begitu, Arnold tak boleh bercerita lanjut mengenai pembelian ini kerana ia adalah urusan sulit dan persendirian. Yelah tu…

 

Baca: Dari Rumah Lama Ke Istana, Korang Mesti Terkejut Tengok Transformasi Rumah Pereka Fesyen Dato’ Rizalman Ibrahim

Screenshot 2020 05 05 At 3.52.27 Pm