Tidak percaya dengan rawatan di hospital, ada juga di kalangan masyarakat yang mencari alternatif lain dalam merawat penyakit COVID 19 iaitu dengan menggunakan rawatan tradisional.
Namun hasrat perawat tradisional untuk mengubati individu yang menghidap COVID 19 terbatal selepas mereka pula bimbang dijangkiti oleh wabak tersebut di kemudian hari.
Menurut Malaysiakini, dua orang pengamal perubatan tradisional yang dikenali sebagai Ustaz Dor, 50 dan rakannya, Ustaz Mat, 50-an memang ada merancang menawarkan khidmat berkenaan selepas mereka menaikkan iklan menawarkan khidmat rawatan kepada pesakit COVID 19 yang kemudian viral di media sosial.
Saya mengaku merancang untuk merawat pesakit Covid-19, namun membatalkan hasrat itu kerana bercanggah dengan perubatan moden.
“Saya dan rakan pada awalnya berniat mahu membantu merawat pesakit Covid-19 atau kontak rapat dengan menggunakan cara perubatan Islam iaitu mengamalkan ayat suci al-Quran.
“Namun, terdapat percanggahan dengan perubatan moden dan ramai yang tidak percaya perubatan Islam ini sebagai satu usaha untuk memulihkan Covid-19,” katanya yang tinggal di Kota Bharu.
Iklan tersebut juga katanya telah tular dalam bentuk risalah memaparkan tawaran merawat COVID 19 di Bukit Marak, Kelantan.
Ustaz Dor yang tinggal di Pasir Tumboh juga berkata, dia tak menyangka hebahan tersebut menjadi tular sehingga 50 orang menghubunginya untuk mendapatkan rawatan.
Bagaimanapun, tawaran itu terpaksa dibatalkan selepas memikirkan risiko jangkitan COVID 19 kepada dirinya dan keluarga.
Kami membatalkan perkara ini (rawatan) selepas memikirkan risiko termasuk akan membawa jangkitan kepada kami dan keluarga. Kami menyuruh mereka (pesakit) mendapatkan rawatan di klinik atau hospital.
“Saya mohon maaf kerana tidak mahu merawat pesakit Covif-19. Saya minta semua hentikan daripada menyebarkan kepada orang ramai,” jelasnya.
Dalam pada itu, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan, Dr Zaini Hussin menasihatkan orang ramai untuk tak cepat terpengaruh dengan dakwaan rawatan COVID 19 yang tak ada bukti saintifik.
Kajian saintifik juga telah membuktikan punca COVID 19 ini disebabkan virus.
Jika korang dijangkiti COVID 19, adalah sebaiknya mendapatkan rawatan di hospital dan bukannya bomoh dan lain-lain. Bimbang juga kalau korang sebarkan virus itu kepada bomoh tersebut dan ahli keluarganya.
Baca: Ramai Nak Dapatkan Rawatan Dari Paderi Ini Lepas Dakwa Kentutnya Boleh Sembuhkan Penyakit