in

“Tanpa rasa malu & takut” – Budak Dirakam Selamba Hisap Vape Sebelah Orang Dewasa

Budak Hisap Vape Di Restoran

Tular di media sosial rakaman seorang budak lelaki tanpa segan silu menghisap vape secara terbuka di sebuah restoran.

Menerusi video berdurasi 20 saat itu, kelihatan budak lelaki tersebut sedang duduk semeja bersama beberapa orang dewasa.

Tindakan budak itu yang tidak kekok menghisap vape di hadapan orang ramai dilihat tidak dipedulikan oleh mereka.

Artikel berkaitan: “Nak hukum ada had” – Bapa Dakwa Anak Cedera Dirotan Guru Sebab Kantoi Hisap Vape Dalam Kelas

Artikel berkaitan: “Menyusahkan!” – Penonton Wayang Kena Kosongkan Panggung Gara-gara Ada Yang Hisap ‘Vape’

https://twitter.com/KulupFans/status/1724240359012896846?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1724240359012896846%7Ctwgr%5E7f2c57510bdb31ef0b134a78793c3293bf2a564c%7Ctwcon%5Es1_&ref_url=https%3A%2F%2Fthevocket.com%2Ftak-dipedulikan-orang-dewasa-di-sebelah-kanak-kanak-dirakam-selamba-menghisap-vape-di-restoran

“Hisap pula depan orang ramai tanpa rasa malu dan takut. Seolah-olah perkara macam ni dah jadi kebiasaan,” kata pengguna media sosial.

Perkongsian video itu telah meraih pelbagai reaksi netizen, rata-ratanya begitu terkejut melihat budak semuda itu sudah berani mendekati vape.

Malah, ramai yang turut mengecam ibu bapa atau penjaga kanak-kanak itu yang disifatkan tidak bertanggungjawab dalam menghalang mereka daripada terlibat dalam tabiat tidak elok itu.

Screenshot 2023 11 15 130729 Screenshot 2023 11 15 130749 Screenshot 2023 11 15 130831 Screenshot 2023 11 15 130919

Dalam hantaran itu juga, dia turut menggesa pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menambah satu lagi akta untuk mengawal penjualan rokok dan vape kepada remaja yang berusia bawah 16 tahun.

Sementara itu, netizen berharap pelaksanaan dasar Rang Undang-Undang (RUU) Generasi Penamat Perokok (GEG) dapat dilaksanakan secepat mungkin agar generasi baharu bebas daripada produk nikotin.

Sumber: X