in

“Takut wujud kluster baru” – 400 Penduduk Medan 88 Bandar Baru Salak Tinggi Tak Balik Rumah, Lari Dari Buat Ujian Saringan COVID 19

Pkpd Di Sepang

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) semalam, kira-kira 400 penghuni Medan 88 Bandar Baru Salak Tinggi dilaporkan hilang atau gagal dikesan untuk membuat ujian saringan COVID 19. 


Menurut Harian Metro, Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencara Daerah Sepang, Mohamad Zain A Hamid berkata dia telah meminta bantuan polis untuk mengesan penduduk yang hilang apabila mereka didapati tidak pulang ke kediaman di situ selepas pihak polis mengepung kawasan tersebut pada 6 petang, Selasa lalu

Pkpd 2

Malah katanya lagi, pihak mereka juga telah mengubah strategi dengan mengepung awal kawasan itu sebelum PKPD diisytiharkan bagi mengelak penduduk lari daripada melakukan ujian saringan.

Antara 700 ke 800 penduduk yang tinggal di kawasan itu dan pihaknya sedang mengesan penduduk yang hilang melalui rakan sebilik, jiran serta menggunakan aplikasi MySejahtera.

Kita merayu penduduk yang tidak pulang kembali membuat saringan kerana perkara ini membabitkan kesihatan bagi mengelak berlakunya kluster baharu di luar kawasan,” katanya pada sidang media, hari ini.

41605156245 Daerahsepang

Semalam, Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakon mengumumkan pusat perniagaan Medan 88 Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang dikenakan PKPD sehingga 25 November.

PKPD ini melibatkan sebanyak 284 premis dan 800 penduduk. Sehingga semalam, KKM katanya telah menyelesaikan hampir 399 saringan dan ujian kedua akan dilakukan pada hari ke-13 nanti.

Kawasan itu juga dikenakan PKPD kerana terdapat dua kes awal positif COVID 19 dalam kluster Bah Medan pada 4 Oktober lalu.

Pkpd 1

“Kita menggesa penduduk yang tidak pulang membuat saringan termasuk di pusat kesihatan berdekatan.

“Sekiranya gagal berbuat demikian dan dapat dikesan polis, mereka akan dikenakan tindakan mengikut Seksyen22 (b) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342),” katanya.

Kalau dalam diri tu ada rasa bertanggungjawab, tolonglah balik dan buat ujian saringan. 

Baca: “Penceramah dari kawasan PKPD dan kluster aktif tidak dibenarkan ceramah di masjid dan surau” – Kerajaan Negeri Sembilan

Surau

Sumber: Harian Metro
Sumber: Astro AWANI
Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.