in

“Penceramah dari kawasan PKPD dan kluster aktif tidak dibenarkan ceramah di masjid dan surau” – Kerajaan Negeri Sembilan

Dd1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Akibat peningkatan kes positif Covid-19 yang mendadak, pelbagai langkah yang diambil oleh pihak kerajaan bagi membendung penularan kes ini.


Terbaru, Kerajaan Negeri Sembilan membuat keputusan untuk tidak membenarkan penceramah dari kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) atau kawasan kluster aktif kes Covid-19 untuk hadir memberi ceramah di surau dan masjid di negeri berkenaan.

D1 3 6

 

Menurut Sinar Harian, Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, keputusan itu diambil berdasarkan Mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan Negeri (JKKN) Khas Covid-19 yang diadakan kelmarin.

“Ini termasuk penceramah, pentazkirah, guru takmir atau mana-mana individu yang menetap di negeri ini tetapi bertugas di kawasan yang melaksanakan PKPD atau kawasan yang mempunyai kluster aktif Covid-19,”

 

Majlis ilmu boleh dijalankan dengan kebenaran pihak berkuasa 

Walau bagaimanapun, Aminuddin menjelaskan majlis ilmu lain masih dibenarkan dengan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan.

“Bagaimanapun, semua majlis pengajian ilmu yang menggunakan dewan, bilik kuliah serta ruang yang berkenaan di dalam kawasan masjid dibenarkan tertakluk kepada SOP pihak berkuasa dengan jumlah kapasiti yang ditentukan,”

D2 2 9

 

Selain itu, beliau turut menegaskan agar penganjur mendapatkan kebenaran penganjuran program terlebih dahulu dari Pejabat Agama Islam Daerah masing-masing.

Untuk rekod, Negeri Sembilan setakat 20 Oktober 2020, terdapat seramai 45 pesakit Covid-19 yang sedang dirawat di wad dan 296 orang dalam pemantauan (PUS).

 

Sekarang ini semua perkara perlu diteliti untuk elak penularan Covid-19. Dengan teknologi yang ada sekarang, ambil peluang ni untuk belajar agama online. Syok tau! Min dah cuba.

Baca: Lihat 4 Penceramah Ini Pertahankan Ustaz Ebit Lew Berkenaan Isu Bantuan Tak Ikhlas

D 4 1

Sumber: Sinar Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.