in

“Takut jadi macam Ganapathy” – Keluarga Dakwa 22 Tahanan Penjara Jelebu Didera Tanpa Henti Dari 5 Petang Sampai 8 Malam

Collage 2

Ahli keluarga kepada 22 tahanan di bawah Akta Sosma (Rang Undang-undang Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas)) mendakwa yang ahli keluarga mereka yang ditahan telah dipukul dan diseksa di Penjara Jelebu Negeri Sembilan.

Beberapa ahli keluarga ini telah mengadakan sidang media pada 2 Mei lalu bagi mendedahkan bagaimana kemaluan orang tersayang mereka telah disembur dengan penyembur lada, dipukul dengan batang paip PVC, tongkat, kerusi dan kayu oleh anggota polis di sana, lapor Malay Mail.

Kesemua 22 tahanan ini telah ditahan di bawah Sosma pada tahun 2019 kerana dituduh terlibat dalam jenayah terancang. Kesemua lelaki ini berusia dari 20 hingga 45 tahun.

Ahli keluarga tahanan-tahanan ini turut meluahkan kebimbangan jika orang tersayang mereka ini menerima nasib yang sama seperti A Ganapathy yang meninggal dalam tahanan polis pada bulan lepas.

Elisha Teh yang merupakan ahli keluarga kepada tahanan B. Kalaiarasan mengatakan yang 22 tahanan ini telah dibawa ke Penjara Jelebu untuk menjalani kuarantin.

20210501Az1 Police Brutality Elisha Teh

Salah seorang pegawai penjara arahkan tahanan untuk duduk. Bila mereka duduk, tiba-tiba seorang lagi pegawai sembur cili pada muka mereka tanpa apa-apa penjelasan.

Bila mereka tanya apa salah mereka, salah seorang pegawai pukul dorang guna paip PVC sambil tangan mereka digari oleh pegawai polis yang bawa mereka ke Penjara Jelebu.”

Elisha juga mendakwa yang ramai pegawai kemudiannya masuk untuk memukul tahanan-tahan tersebut selepas baling “serbuk” kepada mereka.

Katanya lagi, pukulan tersebut berterusan sehingga sejam sebelum mereka diarahkan untuk masuk ke dalam sebuah bilik dan membuka baju sebelum sembur lada digunakan semula ke arah kemaluan mereka.

Lepas tu, pegawai arah tahanan untuk baring atas lantai, telanjang bulat dan arahkan mereka untuk letak tangan di belakang. Lepas semua tahanan masuk bilik, mereka dihukum tanpa henti dari pukul 5 petang sampai 8 malam. 

Lepas perkara ini berlaku, pegawai penjara tak bawa tahanan-tahanan ni ke hospital dan hanya berikan ubat tahan sakit.”

Tak cukup dengan itu, Elisha juga mendakwa pegawai penjara mengatakan perbuatan mereka tersebut adalah untuk mengawal pergaduhan yang berlaku di antara tahanan-tahanan itu.

Manakala isteri Kalairasan, R Laviniya berkata, kini dah lebih setahun sejak suaminnya ditahan dan dia tak tahu bila dia dapat bertemu semula dengan suaminya.

20210501Az3 Police Brutality R Laviniya

Saya mengandung tiga bulan masa dia ditangkap dan sampai sekarang dia tak balik. Dekat Jelebu dia kena pukul sampai belakang badannya berdarah.

Suami saya kena pukul dengan teruk, dia cakap dia akan mati dalam penjara. Bila saya jumpa dia tempoh hari, tangannya berdarah dan ada kesan paip di belakang badannya.”

Rosni Kassim, ibu kepada Nasaruddin Abdullah juga merayu untuk dibenarkan berjumpa anaknya semula.

20210501Az5 Police Brutality Rosni Kassim

Sebelum ini kawan-kawanya dan ibu bapa mereka pergi jumpa dia dan cakap Nasaruddin dipukul tapi saya tak boleh tengok dia. Saya pergi Jelebu dan buat laporan tapi masih tak dapat berjumpa anak saya.

Saya nak jumpa anak saya. Isterinya baru melahirkan lima bulan lepas dan dia tak pernah tengok anaknya. Saya tetap nak jumpa anak saya tak kiralah luka yang dia alami kecil atau besar.”

Dikatakan, beberapa ahli keluarga telah pun membuat laporan polis berhubung kes penderaan ini manakala Penjara Jelebu masih belum memberikan kenyataan berhubung dakwaan ini.

Manakala dua NGO meminta agar siasatan dijalankan ke atas dakwaan ini.

 

Baca: Tiada Bukti A. Ganapathy Dipukul & Tiada Aduan Dibuat Mangsa & Ketua Polis Gombak

Screenshot 2021 05 04 At 2.34.56 Pm

Sumber: Malay Mail
Sumber: Malay Mail
Sumber: Malay Mail