in

Tiada Bukti A. Ganapathy Dipukul & Tiada Aduan Dibuat Mangsa – Ketua Polis Gombak

Cover

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tiada bukti A. Ganapathy dipukul atau diseksa semasa di bawah jagaan pihak polis. Ini kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Polis Daerah Gombak, ACP Arifai bin Tarawe.


Menurut beliau, Ganapathy telah dibawa ke Mahkamah Majistret sebanyak tiga kali iaitu pada 25 Februari, 2 Mac dan 6 Mac pada tahun ini.

2

Namun, tiada aduan berkenaan dipukul oleh pihak polis yang dibuat oleh mangsa kepada YA Majistret. Nota yang diperoleh daripada Pendaftar Mahkamah Selayang menunjukkan tiada catitan aduan mengenai dipukul oleh mangsa.

Arifai turut menjelaskan, Ganapathy juga telah dibawa ke hospital sebanyak empat kali, iaitu pada 28 Februari, 3 Mac, 6 Mac dan 7 Mac.

Bagaimanapun, tiada sebarang aduan dipukul dibuat oleh mangsa kepada Pegawai Perubatan yang bertugas pada hari kejadian.

Peguam keluarga mendiang Ganapathy, K Ganeshberkata dalam satu kenyataan, Ganapathy mati akibat kecederaan teruk di bahagian kaki dan bahu.

Untuk rekod, mangsa telah dimasukkan ke dalam wad ICU pada 8 Mac oleh seorang pegawai polis, setelah dibebaskan daripada tahanan pada 24 Februari.

1 2

Pada 11 Mac lalu, ibu mendiang S Thanaletchumy ada membuat laporan polis di ibu pejabat polis daerah (IPD) Gombak. Dia mendakwa anaknya telah dipukul ketika dalam tahanan sehingga menyebabkan kakinya terpaksa dipotong.

Dalam satu kenyataan lain, Arifai meminta orang awam agar tidak membuat sebarang spekulasi kerana kes masih lagi dalam peringkat siasatan.

“Pihak polis juga akan memanggil semua pihak membuat video bersifat palsu berhubung kematian mendiang Ganapathy untuk memberi keterangan”

 

Sumber: MalaysiaKini, Malaysia News Today, PDRM

BACA: “Mengamuk jalin hubungan dengan lelaki lain” – Anggota Polis Pukul Teman Wanita Dengan Besi Sebab Cemburu

Capture 1

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.