in

Takut Anak Bosan? 5 Aktiviti Menyeronokkan Yang Korang Boleh Buat Sepanjang Cuti Sekolah Ni!

collage 19

Untuk parents dekat luar sana, korang mesti tahu yang cuti sekolah akhir tahun dah pun tiba! Bila tiba musim cuti sekolah ni, biasanya ramai yang buat plan nak pergi bercuti. Tapi cuti sekolah ni panjang, anak-anak pula cepat bosan kalau tak ada buat apa-apa kat rumah.

Sebagai ibu bapa, kita pun tak nak juga biarkan anak kebosanan dan hadap je skrin 24 jam. Selain tu juga, ini merupakan masa yang sangat sesuai untuk korang luang masa berkualiti dengan anak-anak dan bina memori bersama keluarga.

Tapi sebelum tu, admin nak bagitahu, korang kena baca artikel ni sampai habis, sebab ada sesuatu yang istimewa menanti dekat hujung nanti. Ada hadiah menarik yang korang boleh menang untuk enjoy dengan keluarga.

1. Baking bersama anak-anak

LM Gambar Hiasan 600 x 400 px 1

Sekali-sekala, apa kata korang biar anak-anak jadi chef utama. Korang boleh biar anak-anak pilih nak buat apa dan korang pula boleh bertindak untuk jadi pembantu bagi menjaga keselamatan mereka dan beri tunjuk ajar.

Mesti seronok dapat tengok dorang bersungguh-sungguh untuk siapkan cupcake walaupun hasilnya mungkin tak seberapa. Lepas dah sudah berseronok baking dekat dapur, korang juga boleh ajar anak-anak untuk sama-sama kemas dapur. Selain dapat buat aktiviti yang menyeronokkan, dorang juga dapat belajar erti tanggungjawab dan kebersihan.

2. Camping dekat rumah

3 2

Mungkin tak semua keluarga ada masa atau bajet untuk bawa anak bercuti jauh dan tidur di hotel. Tapi, kalau korang dapat hidupkan suasana camping dekat rumah pun dah boleh buat anak-anak excited tau.

Korang boleh pasang khemah dekat dalam atau luar rumah, lepastu beli snek dan luangkan masa dengan membuat aktiviti seperti bercerita di bawah selimut pada waktu malam atau menonton rancangan hiburan bersama satu keluarga. Mesti fun habis!

3. Sehari tanpa skrin

LM Gambar Hiasan 600 x 400 px copy

Sepanjang cuti sekolah ni juga, korang boleh tetapkan sehari dalam seminggu untuk buat cabaran “satu hari tanpa skrin”. Telefon, tablet, TV atau console tak dibenarkan untuk guna dan gantikan dengan aktiviti-aktiviti seperti melukis, baca buku cerita, main permainan tradisional seperti congkak atau batu seremban atau buat satu projek kraf bersama-sama.

Kalau korang nak tahu, bila tak ada gangguan digital, anak-anak biasanya akan lebih banyak bercakap dan keluarkan idea. Dari sini korang boleh jadikannya sesi bonding yang lebih mendalam dengan anak-anak.

4. Jadi sukarelawan bersama anak-anak

ChatGPT Image Dec 23 2025 at 12 26 01 PM

Memberi semula merupakan salah satu cara yang sangat memberi impak untuk mengajar anak-anak tentang empati. Jadi apa yang korang boleh buat adalah, ajak anak-anak untuk sertai aktiviti yang membenarkan dorang untuk terlibat secara langsung.

Contoh macam korang boleh masak dan ajak anak-anak untuk bungkus dan edar makanan kepada golongan yang memerlukan. Mungkin boleh cari gelandangan atau asnaf di kawasan berhampiran atau jiran-jiran yang dah berusia dan tinggal sendirian.

Dengan cara ini, anak-anak akan belajar untuk lebih menghargai apa yang dorang ada sekaligus dapat memupuk rasa empati dalam diri untuk terus membantu orang yang kurang bernasib baik di masa hadapan.

5. Family game night

ChatGPT Image Dec 23 2025 at 12 23 13 PM

Family game night, biasanya akan jadi salah satu aktiviti yang paling dinanti-nantikan oleh anak-anak. Korang boleh main permainan papan bersama mereka untuk menjadikan aktiviti di rumah lebih menyeronokkan.

Antara permainan papan yang sesuai untuk family game night adalah MONOPOLY. Mana tidaknya, selain menghiburkan, ia juga boleh bantu anak-anak untuk belajar membuat keputusan, menguruskan kewangan dan berfikir untuk jangka panjang.

Family game night tak semestinya sekali je. Korang boleh jadikan ia rutin hujung minggu atau aktiviti khas musim cuti sekolah.

AIA x MONOPOLY Kuala Lumpur Edition

Kuala Lumpur Monopoly EN Board scaled

MONOPOLY Kuala Lumpur Edition membawa kelainan dari MONOPOLY yang biasanya ada di pasaran. Ini kerana ia menampilkan lokasi ikonik sekitar KL yang mana setiap bahagian papan permainan akan rasa lebih relatable kepada keluarga Malaysia.

Tak cukup dengan itu, penglibatan AIA Malaysia turut menjadikan edisi ini lebih signifikan. Elemen AIA turut boleh ditemui pada wang permainan dan kad Chance, yang membawa mesej tentang kepentingan membuat keputusan bijak serta perancangan masa depan secara santai dan mudah difahami.

Kuala Lumpur Monopoly EN Money scaled

Lebih menarik, semua nilai ini disampaikan dalam bentuk yang menyeronokkan dan secara tak langsung boleh buat anak-anak belajar tentang strategi, tanggungjawab dan pengurusan kewangan secara semulajadi dengan hanya bermain. Ini merupakan cara yang halus dan efektif untuk tanam nilai kehidupan dari kecil dan turut selaras dengan usaha AIA Malaysia dalam memperkasakan rakyat Malaysia membina kehidupan yang Lebih Sihat, Berpanjangan dan Bermakna.

Nak menang MONOPOLY Kuala Lumpur Edition?

Kuala Lumpur Monopoly EN BoxFront Sq scaled

Berita baik, korang berpeluang untuk menang permainan MONOPOLY Kuala Lumpur Edition dengan hanya menjawab 2 soalan mudah kat bawah ni:

  1. Di manakah elemen AIA Malaysia boleh ditemui dalam permainan MONOPOLY Kuala Lumpur Edition?
  2. Bagaimana korang plan nak luangkan masa bersama keluarga menggunakan MONOPOLY KUALA LUMPUR Edition sepanjang cuti sekolah ni?

5 penyertaan dengan jawapan betul akan membawa pulang MONOPOLY Kuala Lumpur Edition! Jadi jangan lepaskan peluang, komen jawapan korang di FB Post atau IG Post Lobak Merah sekarang.

⏳ Tutup penyertaan: 11 Januari 2026
📢 Umum pemenang: 12 Januari 2026 (pemenang akan dihubungi melalui DM)

Untuk maklumat lanjut mengenai AIA Malaysia, korang boleh layari laman web, Facebook dan Instagram rasmi.

Sumber: Aflo Images
Sumber: Aflo Images
Sumber: AI Generated
Sumber: AI Generated