in

Taksub Nak Kulit Putih, Gadis Kini Terlantar Organ Rosak Gara-gara Buat ‘Whitening Drip’ Sendiri

Collage 49

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Nak kelihatan cantik seperti selebriti, instafamous, influencers dan sebagainya telah menjadi impian kebanyakan wanita terutamanya golongan muda.


Walaupun cantik itu subjektif, tapi ekoran dari media dan iklan-iklan produk yang sering menggunakan model orang yang mempunyai kulit putih dan mulus, ia telah membuatkan ramai wanita sanggup berhabis duit malah buat macam-macam semata-mata untuk kelihatan putih.

Tak cukup dengan itu, dengan kemudahan media sosial, segelintir selebriti dan orang-orang berpengaruh sering kongsikan treatment atau produk yang dorang gunakan untuk dapat kulit yang lebih cerah dan trend yang tengah in sekarang adalah dengan membuat rawatan whitening drip.

Screenshot 2021 03 24 At 2.30.22 Pm

Untuk yang tak tahu, whitening drip ni merupakan rawatan memasukkan produk kecantikan melalui kaedah suntikan. Tak dinafikan, ada produk yang betul-betul berkesan untuk putihkan kulit tapi ekoran harga yang mahal, lambakan produk whitening drip  yang tak diiktiraf mula dijual secara online dengan harga yang murah bagi menarik minat orang-orang yang tak berkemampuan.

Baru-baru ini, seorang jururawat, @eylaamazlan telah kongsikan tentang pesakitnya yang kini derita akibat kegagalan organ gara-gara mengambil pelbagai jenis whitening drip yang dibeli dalam talian.

“Ambil benda alah ni semata-mata nak cantik, akhirnya makan diri sendiri”

Menerusi TikTok jururawat ini kongsikan yang pesakitnya itu kini sedang terlantar tak sedarkan diri di hospital selepas beberapa organ dalamannya gagal berfungsi gara-gara whitening drip yang dibeli dari Jepun.

S

Patient ambik benda alah ni semata-mata nak cantik, akhirnya makan diri sendiri and tengah berjuang untuk hidup. Umur muda lagi, takutnya. Depan mata tengok multiorgan failure. Sekarang tengah on dialisis”

“Berani pulak tu ambik yang entah apa-apa tulisan, jadikan ini pengajaran ya kawan-kawan. Patient tak sedarkan diri, now tengah bergantung dengan bantuan pernafasan. Jangan sebab taksub nak putih ambik bukan-bukan ya.

Bila tengok ubat ni macam manalah boleh confident nak drip bagai, kesian. Lawa budaknya, tapi sayang. Doakan dia dapat survive tau.”

Tak cukup dengan itu, gadis malang tersebut kini terpaksa bergantung dengan mesin dialisis…

Dia

Menurut Eylaa, dia sendiri pernah cuba ambil whitening drip, namun selepas lihat kesannya sendiri dia dah tak sanggup nak buat lagi.

I is insoffff! I pernah juga drip dulu sekali tapi effect dia time tu juga terus tak berani nak drip dah. Taubat wehh. Ni bila tengok depan mata lagilah taubat.

@eylaamazlan

Sebagai peringatan bersama dekat luar sana. benda dah jadi depan mata . jaga diri okay .

♬ original sound – eylaamazlan – eylaa

Allahu, memang kesian betul. Hati-hatilah bila pakai guna produk ni, lagi-lagi yang masuk dalam badan. Fikirlah kesan dia kat diri sendiri…

 

Baca: “Ada ke yang berani pakai?” – Netizen Geli Tengok Penjual Krim Putih Kulit Di Vietnam Kongsi Video Belakang Tabir

Screenshot 2021 03 24 At 2.32.56 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.