in

“Takkan tak boleh kawal diri kau?” – Abang JPJ Ulas Isu Berang Ekzos Bising Sampai Kena Langgar

Abang Jpj

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kes kematian seorang calon SPM yang didakwa dilanggar kereta yang dipandu seorang pegawai kanan polis di Ipoh telah mendapat perhatian secara meluas oleh rakyat Malaysia.

Menurut laporan, kejadian berlaku selepas pemandu kereta tidak berpuas hati dengan tindakan pelajar itu membuat bunyi bising ekzos sebelum bertindak mengejar motosikal mangsa dan melanggarnya dari belakang.


Berhubung insiden itu, seorang anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) berkongsi sebuah video mengulas mengenai isu terbabit.

Menurutnya, tindakan dan aksi oleh segelintir penunggang motosikal yang membuat bising bukan tiket untuk mengambil tindakan sendiri, apatah lagi sehingga kehilangan nyawa.

https://www.tiktok.com/@rahmanpotente/video/7313818781942336770

“Sepanjang aku bekerja dan meronda, pelbagai perangai mat rempit aku jumpa. Yang tunjuk jari tengah, yang ‘rem’ ekzos, budak-budak nakal biasalah. Takkan tak boleh kawal diri kau.

“Kawallah diri, aku sendiri pernah dilanggar budak motor, aku tak ada pun nak sebat budak itu. Ini ada sesetengah anggota beruniform sengaja pergi langgar.

“Budak motor ni, kita langgar dia pun dia sakit, dia langgar kita pun dia sakit. Jadi tolonglah sahabat-sahabat uniform semua janganlah perangai macam ini,” katanya.

Kata abang JPJ itu lagi, sepatutnya sebagai anggota beruniform perlulah mempunyai belas ihsan apabila berlaku sesuatu perkara terutamanya melibatkan kemalangan.

“Kalaulah kata kau terlanggar sekali pun, tolonglah turun bantu mangsa. Pangkat kita ini sampai bila kita nak bawa, bila pencen kita buka uniform dah jadi orang biasa. Kita diberikan amanah, jaga amanah itu.

“Memang seluruh negara berdukacita dengan apa yang terjadi, aku harap kejadian ini terakhir yang berlaku. Aku harap juga keluarga mangsa dapat pengadilan sewajarnya,” ujarnya.

Nasihatnya, usahlah memandu kereta jika mempunyai sikap panas baran kerana boleh membahayakan keselamatan orang lain.

Semoga keluarga mangsa tabah hadapi ujian dan kes diadili dengan sewajarnya.

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.