in

“Takkan senyap je?” – Pelajar Maut Mengejut Di Asrama, Netizen Bengang Tiada Tindakan Daripada KPT?

Untitled Design 2022 05 25T114600.056

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kecoh di media sosial semalam apabila seorang pelajar daripada Universiti Utara Malaysia didapati meninggal dunia di dalam bilik di asrama universiti tersebut.

Dalam kejadian yang menyedihkan itu, penuntut Sarjana Muda Perakaunan (Sistem Maklumat), S Vinosiny, 21, ditemui meninggal dunia di asramanya dan dia didakwa meninggal dunia akibat renjatan elektrik.


Fthq6Vaagaaso3J

Hari ini, pihak UUM memberitahu akan memberi kerjasama tanpa menyembunyikan sebarang fakta dengan pihak berkuasa berkaitan kes itu.

Naib Canselor Haim Hilman Abdullah berkata, pihak universiti juga akan membantu siasatan kes kematian pelajar tersebut kerana mendiang merupakan sebahagian keluarga besar institusi pengajian tersebut.

Bagaimanapun, tular di Twitter apabila ramai netizen mula bengang dengan Menteri Pengajian Tinggi (KPT), Noraini Ahmad kerana tiada sebarang ucapan takziah atau kenyataan yang dikeluarkan berkenaan insiden tersebut.

Malah, apa yang membuatkan ramai netizen marah ialah ketika kemalangan itu berlaku, dalam laman Twitter rasmi KPT mereka memuat naik beberapa gambar menteri tersebut sedang berada di London, United Kingdom dan bertemu dengan beberapa orang Badan Perhubungan Negara (BPNUK) di sana.

“Boleh pulak jalan-jalan eh?” 

Rata-rata netizen sangat marah dengan perkara itu dan ramai yang menyatakan perihal itu terletak di bawah tanggungjawab kementerian tersebut.

Kpt

Salam takziah

Baca: “Kena sepak terajang” – Cara Sekolah Berasrama ‘Handle’ Isu Pelajar Kena Buli Dengan Senior Buat Netizen Panas

Untitled Design 2022 05 25T114112.448

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.