in

“Takkan sebab tu je?” – [VIDEO] Jemaah Masjid Ditampar Kerana Salam Tak Pandang Muka

tampar lepas solat

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seusai mendirikan solat, sebagai seorang Muslim kita biasanya mengamalkan bersalam-salaman sesama jemaah untuk merapatkan silaturrahim sesama muslimin.

Pun begitu, baru-baru ini tular sebuah video seorang jemaah masjid ditampar di belakang kepala selepas solat oleh seorang jemaah lain.


https://twitter.com/nanmanjoi8715/status/1549367946820337664?s=20&t=-bzu6bB9r3d-ufswoZZXVA

Difahamkan, insiden tersebut berlaku di Masjid An-Nur, Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut pada hari Isnin lepas.

Menurut laporan Harian Metro, seorang lelaki bertindak di luar kawalan apabila menampar belakang kepala hanya kerana dia tidak memandang muka ketika bersalaman.

pdrmm

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Nor Omar Sappi berkata, pihaknya menerima laporan berkaitan kejadian yang dibuat mangsa berusia 30-an dan insiden tersebut berlaku di antara mangsa yang juga anggota TLDM dan suspek iaitu pesara TLDM di masjid berkenaan selepas selesai solat Asar pada 5.10 petang.

“Selepas selesai solat, mangsa bersalaman dengan suspek yang tidak dikenali sebelum suspek tiba-tiba menampar belakang kepala mangsa dengan kuat hingga terkena telinga kanannya.

Susulan itu mangsa mengalami sakit di bahagian belakang kepala dan telinga,” katanya.

Dalam siasatan awal, difahamkan kejadian berpunca kerana mangsa didakwa tidak memandang muka suspek sewaktu bersalaman menyebabkan pesara TLDM yang berusia 46 tahun itu berang dan beranggapan mangsa bersikap kurang ajar.

Dia juga berkata, kedua-dua pihak sudah dipanggil ke Ibu Pejabat Polis (IPD) Manjung untuk dirakam percakapan mengikut Seksyen 112 Kanun Prosedur Jenayah.

Baru lepas solat kan? Ayo!

Baca: “Mental ke apa?” – Pengutip Kotak Duduk Diam Tiba-Tiba Kena Tampar Di Stesen Minyak

tampar 20

Sumber: PDRM

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.