“Takkan dia nak obses dgn anak kau pulak?” – Peminat Menyampah Bila Netizen Bitter Tengok Siti Banyak Upload Gambar Aafiyah

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Baru-baru ni, satu artikel dari Awani, telah menarik perhatian peminat-peminat penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Mana taknya, dalam artikel ni, Siti terpaksa ‘defend’ dirinya sendiri gara-gara ada segelintir pihak mengatakan yang Siti terlalu obses dengan anak perempuannya, Siti Aafiyah. Eh, anak sendiri kot?!

Menjawab tentang isu ini, Siti mengatakan yang semua gambar dan video yang dia muatnaik ke media sosial hanyalah semata-mata untuk simpanan dia dan suaminya, Datuk Seri Khalid saja.

“Biasalah ibu-ibu nak tengok segala perkembangan anak dia dari kecil. Saya juga selalu pesan supaya pengasuh rakam semua gelagat Aafiyah.

“Ye lah, kita sibuk kadangkada terlepas perkara dan momen manis. Soal terlalu obses juga rasanya tak benar sebab saya taklah selalu muat naik, ada masa tertentu juga.”

Menurut Siti lagi, tak ada salahnya kalau dia nak ‘obses’ sekalipun, dia dah tunggu kelahiran Aafiyah selama 11 tahun.

Kita dah tunggu berapa lama, jadi yang bercakap itu mungkin anaknya ramai.”

“Takkan dia nak obses dengan anak kau pulak?”

Perbuatan segelintir netizen yang rasa tak senang duduk tengok kebahagian yang dipamerkan oleh Siti ini juga turut mengundang kemarahan peminat-peminat penyanyi ini yang rata-ratanya faham dengan apa yang cuba Siti sampaikan.

Betul lah tu, biarlah kalau dia nak obses sekali pun, tu kan anak dia. Zaman sekarang ni dah canggih, kita ada pilihan untuk tengok atau tak, kalau tak suka tak payahlah tengok. Easy peasy. Dah, jangan bitter-bitter.

 

Baca: “Harap Aafiyah tak meracau kalau dengar” – Sajat Tunjuk Bakat Terpendam Tiru Suara Siti Nurhaliza

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Nadia Ghafar

Pendengar setia Willie Nelson