Macam yang korang tahu, kerajaan Itali telah pun memberikan arahan lockdown ke seluruh negara disebabkan angka positif Covid-19 di negara itu semakin meningkat pada tahap membimbangkan. Mana taknya, setakat ni je, kematian angkara Coronavirus dekat sana dah mencecah 827 manakala hampir 900 orang dimasukkan ke dalam ICU.
Disebabkan ini, seorang wanita telah terperangkap di dalam rumah bersama mayat suaminya selepas lelaki tersebut mati kerana jangkitan Covid-19.
Kerana dikenakan arahan kuarantin, wanita ini tak boleh meninggalkan rumahnya walaupun suaminya mati pada jam 2 pagi pada hari Isnin lalu lapor Mirror.
Wanita ini kelihatan menangis dari balkoni rumahnya sambil meminta bantuan namun tak ada orang yang boleh datang dekat mahu pun tolong wanita ini. Jiran-jiran di sana yang simpati dengan nasib wanita ini mengharapkan kerajaan dapat membantu wanita ini secepat mungkin.
Datuk bandar, Giancarlo Canepa mengatakan, mayat suami wanita ini tak boleh dialihkan buat sementara waktu ini.
Betul wanita tu masih di dalam rumah bersama mayat suaminya, tapi kami tak boleh alihkan mayatnya hingga hari Rabu. Malangnya, kami ada protokol keselamatan yang perlu diikut.”
Tambah Giancarlo, semasa suami wanita ini disahkan positif Covid-19, lelaki ini enggan dibawa ke hospital untuk menerima rawatan. Pulak dah…
Semalam, mayat suami wanita ini telah pun dikeluarkan dan dihantar ke Hospital Milan bagi menjalani autopsi dan wanita tersebut kini sedang menerima bantuan dari pakar psikologi.
Baca: [GEMPAR] Hotel Kuarantin Pesakit Covid-19 Di Beijing Runtuh, 70 Dilaporkan Terperangkap