Amaran: Admin tak bertanggungjawab atas kesakitan yang dirasai semasa membaca artikel ini.
Dalam perhubungan, tak kisahlah wanita atau lelaki, jangan sesekali gunakan fizikal semasa pergaduhan melainkan untuk mempertahankan diri.
Senang cerita, jangan jadikan wanita ini sebagai contoh.
Baru-baru ni, seorang wanita bernama Nur Faida dari Indonesia telah membuat keputusan untuk memukul suaminya dan memijak kemaluannya berulang kali hingga suaminya tak sedarkan diri.
Menurut Tribun, dalam pergaduhan yang bermula dari isu duit hingga membangkitkan orang ketiga, Faida telah memukul suaminya hingga lelaki ini terjatuh dan kepalanya terhantuk di bucu meja. Mak aih ganas betul!
Ketika suaminya jatuh, wanita ini telah mengambil kesempatan untuk memijak kemaluan suaminya hingga menyebabkan lelaki malang ini perlu dihantar ke hospital bagi mendapatkan rawatan.
Baca Online melaporkan, wanita ini dah lama bengang dengan suaminya kerana mendapat tahu suaminya telah menjalinkan hubungan asmara dengan wanita lain semasa dia bekerja di Malaysia.
Saya mendapat kabar dari saudara saya bahwa suami saya itu selingkuh di Malaysia. Dan itu tidak hanya sekali.”
Faida telah ditangkap oleh pihak polis selepas keluarga suaminya membuat laporan ke atas wanita tersebut. Jika dia didapati bersalah, wanita ini boleh dipenjarakan selama empat bulan.
Bagaimanapun, ia bergantung pada keadaan suaminya. Jika lelaki tersebut didapati mengalami kecederaan parah, hukumannya boleh dipanjangkan hingga 10 tahun.
Memang sakit hati bila dapat tahu suami curang. Tapi kalau boleh biarlah kita berfikiran rasional sebab last-last diri sendiri jugak yang masuk penjara…