Baru-baru ini, pelakon dan pelawak veteran Azlee Senario menzahirkan rasa kesalnya terhadap sebuah syarikat produksi yang menawarkannya bayaran yang sedikit.
Jelasnya kepada pihak media, dia ditawarkan dengan bayaran RM 500 untuk sehari. Tegasnya lagi, pihak produksi tidak perlu memandang remeh terhadap pelakon-pelakon veteran sepertinya.
Artikel berkaitan : Raih RM15,000 Sebulan Buat ‘Live’ Azlee Senario Bayar Duit Kereta & Rumah Dengan ‘Gift’ TikTok
Artikel berkaitan : Azlee Beri ‘Hint’ Senario Bakal Kembali, Ramai Yang ‘Throwback’ Babak Filem Lama
Dalam pada itu, Azlee juga turut membandingkan industri seni tanah air dengan industri seni di Hollywood di mana bayaran akan diberikan lebih tinggi kepada artis veteran.
Kenyataan itu telah menarik perhatian netizen dan membuatkan mereka rasa kurang senang bahkan Azlee telah dilabel ‘bongkak’ oleh individu di platform X.
Dalam pada itu, individu tersebut turut menyatakan bahawa ada ramai artis veteran lain yang masih tak dapat tawaran berlakon berbanding Azlee.
Individu ini turut menceritakan bahawa kemungkinan pihak produksi mempunyai bajet yang kecil untuk menjayakan sesebuah filem. Kenyataan ini mendapat sokongan daripada netizen.
Dalam pada itu, ramai juga netizen yang mempertahankan Azlee kerana pekerjaan seorang pelakon sangat berlainan dengan orang yang makan gaji. Jadi wajarlah dia ‘demand’ gaji sebanyak itu, kata mereka.
Hurm, macam mana dengan pelakon yang BBNU eh? Payment diaorang lagi tinggi ke?
Sumber : X