in

“Takda beg plastik? No hal!” – Lihat Aksi Lucu Rakyat Thailand Beli Belah Tanpa Plastik

Untitled Collage 14

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bermula 1 Januari lalu, Thailand telah menguatkuasakan larangan penggunaan beg plastik di pusat beli belah, kedai serbaneka dan pasar raya utama negara itu — dalam usaha mengurangkan sisa plastik dan pada masa sama menyelamatkan alam sekitar.


Sambutan yang diterima dari pihak peniaga juga agak positif, misalnya seperti 7 Eleven yang memiliki lebih 10,000 rangkaian di seluruh Thailand — yang turut menghentikan pemberian beg plastik kepada pelanggan.

Tapi macam mana pulak dengan penerimaan kumpulan pengguna di sana? Mereka terpaksalah jadi kreatif!

Satu artikel yang diterbitkan baru-baru ini turut berkongsi gambar-gambar menarik, menunjukkan rakyat Thailand menggunakan apa sahaja yang ada untuk membungkus barang belian mereka, antaranya termasuklah kereta sorong dan karung guni!

Plastik 1

Plastik 2

Plastik 3

Plastik 4

Kesemua gambar tersebut sebenarnya dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook tempatan, dan ada lagi banyak gambar menarik kat page tu.

Tak kisah la apa sekali pun yang diorang nak guna untuk bungkus barang, janji tidak lagi menggunakan beg plastik kan? Mula-mula mungkin agak kekok, tapi bila dah jadi kebiasaan — tak susah mana pun kalau takda beg plastik.

Kat Malaysia, orang kita pun dah mula aware tentang kepentingan mengurangkan kebergantungan kita terhadap beg plastik. Bagus kan?

 

Baca: “Kat Shah Alam tak ada penyulah g*mpang” – Netizen Sindir Penjual Air Boba, Suka Hati Tukar Straw Plastik Ke Kertas

Capture

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.