Korang ingat lagi tak ratu cantik Thailand yang pernah viral empat tahun lalu? Foto yang menyentuh hati warganet dimana dia sujud kaki ibunya yang tengah kutip bekas makanan sejurus sahaja diumumkan sebagai pemenang Miss Uncensored News Thailand pada tahun 2015 dulu?
Ketika itu Khanittha “Mint” Phasaeng, baru sahaja 17 tahun, dia dilahirkan dari keluarga yang susah, ibunya hanya mengutip bekas makanan di tempat pembuangan sampah sebagai sumber pendapatan mereka sekeluarga.
Tak malu dengan latar belakang keluarga
Jadi, sebagai anak, Khanittha juga kerap membantu pekerjaan ibu, akui tak pernah rasa malu, dia juga kerap ke tempat-tempat pembuangan sampah untuk bantu ibunya. Malah dia sampai sekarang dia tak pernah rasa malu nak mengaku asal usul dia.
Itu sebablah perkara pertama yang dia buat lepas menang pertandingan tersebut sujud kaki ibunya dalam keadaan serba serbi cantik sambil memakai crown serta selimpang dan mengucapkan terima kasih kepada ibunya.
“Apa yang saya dapatkan hari ini adalah kerana ibu saya. Dia dan saya hidup dengan kerja yang murni, maka tidak ada alasan mengapa saya harus merasa rendah diri.”
Pada waktu itu, ada beberapa foto lain yang viral menunjukkan kehidupan mereka termasuklah gambar sebelum dia dinobatkan sebagai pemenang ratu cantik tu.
Kaki travel, tengah melanjutkan pendidikan
Lepas dah 4 tahun berlalu, menerusi sumber, kehidupan Khanittha “Mint” Phasaeng telah berubah. Mereka tidak lagi mengutip bekas makanan untuk mencari nafkah.
https://www.facebook.com/khanittha.phasaeng.5/videos/2467945566819108/
Mereka kini hidup lebih senang dan Khanittha Phasaeng aktif di media sosial. Khanittha yang kini aktif Tik Tok dikatakan sedang melanjutkan pelajarannya di University of the Thai Chamber of Commerce (UTCC) dalam bidang Pengurusan Penerbangan.
Dia juga kini ‘kaki travel’, antaranya Tokyo, Hong Kong dan paling penting sekali dia masih rendah diri dan masih sayang dengan ibunya.
Baca : Kenali Jo-Anna Sue Henley Rampas, Bekas Ratu Cantik Yang Bakal Bertanding PRU14 di Sabah