Bagi peminat Justin Bieber di Malaysia, berita ini pasti mengecewakan ramai orang lebih-lebih lagi yang dah menunggu ketibaannya untuk membuat persembahan di Stadium Bukit Jalil bulan hadapan.
Ini kerana, sebentar tadi melalui Instagram peribadinya, Justin Bieber sekali lagi hentikan jelajah ‘Justice World Tour’ ekoran masalah kesihatan.
Untuk pengetahuan korang, pada Jun lalu penyanyi ini pernah menangguhkan jelajahnya di Amerika Utara ekoran didiagnos dengan penyakit Ramsay Hunt Syndrome hingga menyebabkan mukanya lumpuh sebelah.
Namun begitu, baru-baru ini Justin Bieber telah meneruskan jelajahnya dengan membuat enam persembahan di sekitar Eropah dan terbaru di Festival Rock in Rio di Brazil.
Namun selepas turun daripada pentas, saya terlalu penat hingga buatkan saya sedar bahawa kesihatan adalah keutamaan saya sekarang. Jadi saya akan berhenti dari menjelajah buat sementara ini.
“Saya akan ok tapi saya perlukan masa untuk rehat dan pulih.”
https://www.instagram.com/p/CiLrmuZPHXp/
Justin Bieber telah menjadualkan beberapa persembahan di seluruh dunia sehingga Mac 2020 termasuk di Stadium Bukit Jalil pada 22 Oktober nanti.
“Sedih tapi rehatlah sayang”
Tinjaun di Twitter melihatkan rata-rata peminat di Malaysia kecewa dengan pengumuman dari Justin Bieber ini namun mendoakan agar penyanyi kesayangan mereka dapat pulih seperti sediakala.
Ada juga beberapa peminat yang dah mula meminta pulangan wang ekoran penangguhan Justice World Tour ini.
Alamak, tunggu pengumuman dari penganjurlah ya lepas ni…
Baca: Justin Bieber Bakal Batal Konsert Kerana Alami Sindrom Ramsay Hunt, Adakah Malaysia Turut Terlibat?