Terpisah dengan ibu atau ayah semenjak daripada kecil lagi akibat penceraian pastinya suatu perkara yang menyakitkan.
Tak cukup dengan itu, anak-anak daripada ‘broken family’ ini pastinya tertanya-tanya, siapakah ibu atau bapa mereka dan mesti ada keinginan untuk bertemu kembali walaupun sekali.
Inilah yang berlaku kepada seorang gadis dari Indonesia bernama Helmi Saputri Nurlinda Sari atau lebih dikenali sebagai Linda yang memuat naik video di TikTok dengan harapan dapat bertemu semula dengan ayahnya.
Menurut video tersebut, ayah Linda merupakan warganegara Korea Selatan dan mereka terpisah semenjak dia berusia 3 tahun lagi selepas ibu dan bapanya bercerai.
Menurut Linda, selepas ibu bapanya bercerai, ayahnya terus pulang ke Korea Selatan tanpa sebarang khabar berita sehingga kini. Dia juga katanya tidak mengetahui nama sebenar bapanya, yang dia tahu hanya nama keluarganya, Kim.
@lindasari2607 #brokenhome #fyppleaseeeeee melalui tiktok semoga bisa bertemu dengan ayah??
Video tersebut kemudian viral dan mendapat 215,000 likes dan lebih 4,000 komen yang semuanya mendoakan semoga Linda dapat bertemu semula dengan ayahnya.
Terkejut, tak sangka video viral
Linda yang kemudian ditemuramah Detik memberitahu yang dia agak terkejut dan tidak menyangka videonya itu akan viral di TikTok.
Menurut Linda yang berasal daripada kampung Ambon, dia kini buntu dalam mencari ayahnya warga Korea Selatan bernama Seong Kuk Kim yang dilahirkan di Seoul pada 1 Januari 1964.

“Saya mencuba nasib mencari ayah di TikTok. Tidak sangka ia tular, banyak posting di TikTok dapat bertemu saudara mara yang hilang.
“Oleh itu, saya mencuba,” katanya.
Tambahnya lagi, dia juga tidak mengetahui apakah alasan yang menyebabkan ibu bapa berpisah namun dia sering diberitahu yang ayahnya seorang yang baik.
“Aku sering diajak jalan-jalan sama ayah. Ayahku kerja di kapal kalau kapalnya berlabuh di Surabaya, aku sering diajak ibu ke Surabaya ketemu ayah,” katanya lagi.
Linda juga pada masa yang sama mengakui tidak mudah untuk mencari ayah kandungnya kerana dia kini tinggal di Ambon dan sukar untuknya meminta bantuan dari Kedutaan Indonesia dan Korea yang berada di Jakarta.
Harap Linda dapatlah bertemu dengan ayahnya yang di Korea tu. Kuasa viral ni kadang-kadang siapa tahu. Sekejap je dapat jumpa.