Ketika rakyat Palestin menderita akibat serangan daripada tentera Israel, masih terdapat segelintir masyarakat di Malaysia yang tidak sensitif dengan apa yang berlaku.
Semalam, tular dua keping gambar memaparkan sebuah premis mengibarkan bendera Israel yang didakwa berlaku di Terengganu telah mengundang pelbagai reaksi orang ramai.
Memetik sumber Sinar Harian, pelaku tersebut telah memohon maaf dan menurunkan segera bendera tersebut.
Artike berkaitan: “Mesejnya tetap sama” – Dikecam Buat Video Guna Bendera Israel, Baby Shima Buka Mulut
Artikel berkaitan: Kad Kredit Rakyat Israel Didakwa Digodam ‘Hacker’ Malaysia, Netizen Siap Buat Beli iPhone
Premis kibar bendera Israel undang kemarahan ramai
Pelaku memohon maaf dan telah menurunkan bendera berkenaan.https://t.co/ed06nihait
— SinarHarian (@SinarOnline) October 19, 2023
Katanya, motif melakukan perkara tersebut masih dalam siasatan polis dan pihak berkuasa memohon orang ramai untuk bertenang serta tidak mengambil tindakan sendiri.
Bagaimanapun, tindakan tersebut telah mencetuskan rasa kurang senang netizen. Ada yang menganggap perkara itu memalukan dan tidak peka terhadap sensitiviti seluruh umat Islam yang ketika ini berduka dengan tragedi berdarah yang melanda di Palestin.
Ada juga yang mempersoalkan hukuman terhadap tindakan mengibarkan bendera Israel sama ada ia satu tindakan jenayah atau tidak memandangkan ia amat sensitif bagi rakyat Malaysia.

Sekadar info, Jabatan Imigresen Malaysia menetapkan negara Israel haram dilawati oleh rakyat Malaysia kerana Malaysia tidak mengiktiraf negara terbabit.
Sumber: Sinar Harian
