in

“Tak sensitif” – Ayat Al-Quran Disalah Guna, Poster Filem Indonesia ‘Sijjin’ Dikecam

Sijjin

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Poster merupakan salah satu cara pemasaran yang biasa digunakan dalam mempromosikan filem sejak dahulu lagi.


Pun begitu, baru-baru ini tular sebuah poster filem seram dari negara seberang yang menggunakan ayat Al-Quran di poster mereka dan ianya dikecam kerana poster itu dilihat seperti tidak menghormati sensitiviti umat Islam.

Artikel berkaitan: “Rupanya edit je” – Beto Kusyairy Tak Pegang Tangan Diana Danielle Dalam Poster Filem Imaginur?

Artikel berkaitan: Ramai Kata Poster Filem Terbaru ‘Pulau’ Sama Macam Poster Filem Fantasy Island

Dalam poster tersebut, dilihat beberapa baris ayat Al-Quran serta kalimah Allah diletakkan di atas kain hitam, membaluti seorang wanita yang kelihatan dirasuk.

Diusung Sebagai Film Horror Dan Gore Ya 1C432B

Malah, dalam satu lagi poster filem tersebut kelihatan beberapa individu yang memakai telekung serba putih mengerumuni jenazah yang tidak ditutup mukanya serta berkain kafan.

Perkara itu sudah pastinya menimbulkan rasa marah peminat filem terutama sekali buat mereka yang beragama Islam.

Cats 69

Isu poster filem Sijjin ini telah pun mendapat perhatian pihak atasan, menurut laporan Berita Harian, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) sudah mengarahkan pengedar filem seram terbitan syarikat produksi Indonesia itu untuk menarik balik dan membuat penukaran poster.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) FINAS, Datuk Azmir Saifuddin Mutalib berkata, pihak FINAS sudah berbincang berkenaan isu itu dan mengarahkan supaya membuat penukaran kepada poster baharu.

“FINAS ambil maklum tentang isu ini dan kami minta dan mengarah GSC untuk menarik balik serta menukar poster filem ini,” katanya.

Sebagai info, Sijjin diadaptasi daripada filem seram box office dari Turkiye akan menemui penonton tempatan bermula 28 Disember ini.

Sumber: X, Berita Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.