in

“Tak senang tau nak jalan dengan dress 27kg tu” – Wakil Malaysia Menang Kostum Nasional Terbaik Dalam Miss Universe 2019

Faeature Image Miss Universe

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pada setiap tahun pertandingan Miss Universe akan dijalankan dan seperti biasa negara kita akan menghantar wakil bagi turut serta dalam pertandingan itu.


Tahun ini pertandingan Miss Universe 2019 telah berlangsung di Atlanta, Georgia, USA.

Bagi edisi kali ini, Malaysia telah menghantar seorang wakil yang juga merupakan pemenang bagi pertandingan Miss Universe Malaysia 2019.

Pertama kali dalam sejarah Malaysia dinobat kostum nasional terbaik!!

Pada tahun ini, negara Malaysia telah dinobatkan sebagai kostum nasional terbaik yang sekaligus mengalahkan kostum dari negara-negara lain.

Best Dress
Sumber: instagram

Kostum tersebut telah diperagakan oleh wakil daripada Malaysia iaitu Shweta Sekhon dan ia direka khas oleh Carven Ong.

Pengumuman kemenangan terhadap kostum ini telah tular di laman Twitter dan Shweta ada menjelaskan sedikit mengenai konsep pakaian tersebut.

https://twitter.com/MissUniverse/status/1203854071607808000?s=20

 

Kostum nasional ini adalah seberat 27 kg dan ia diilhamkan dari ‘Budaya Peranakan’ atau Baba & Nyonya yang berasal daripada warisan tradisi Cina, mempunyai unsur-unsur pengaruh kebudayaan Melayu.

Bukan itu sahaja kuih muih tradisional seperti onde-onde, kuih koci, ang ku, kuih talam, kuih lapis, kuih sago dan telur merah yang dilengkapi dengan bakul siah turut digayakan menerusi kostum ini.

Fuyoo, 27 kilogram? Berat tu. Tapi admin tengok dia steady je tau jalan dekat atas pentas sambil menggayakan pakaian tu. Tapi apa pun Tahniah Malaysia!!!

 

Baca: Peminat Ratu Cantik Indonesia Claim Busana Miss Grand Malaysia Dicedok Dari Negara Mereka, Tapi Ini Sebenarnya Yang Berlaku…

Rc

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.