in

“Tak sangka dulu bermusuh”

Kk

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak bermulanya gabungan Pakatan Harapan, ramai yang ragu-ragu dengan hubungan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Tun Mahathir kerana mereka selama ini bermusuh. Pun begitu, dua tokoh politik ini dilihat sanggup melupakan kisah lama dan bersatu demi rakyat.


Menurut Malaysiakini, Ahli jawatankuasa Biro Komunikasi dan Mobilisasi Pakatan Harapan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan menjelaskan kesudian Tun M dan Anwar meluangkan masa berbuka puasa bersama semalam adalah bukti hubungan kedua-dua pemimpin itu dalam keadaan baik.

An1
sumber: instagram

Anwar ada memuat naik gambar menunjukkan beliau dan isteri selesai berbuka di samping Tun M dan Tun Siti Hasmah semalam di akaun Instagram peribadinya.

Ini sekaligus menafikan spekulasi yang sebelum ini mengatakan perhubungan mereka berlawanan arus serta

“Kita harus bersyukur kerana perpaduan sesama pemimpin di dalam Pakatan Harapan (HARAPAN) pada realitinya amat akrab serta tulen,” kata Khairuddin.

34703332 1844546705851381 1512974840733106176 N
sumber: facebook

“Hakikatnya, masa kini Anwar turut memainkan peranan proaktif mengikut caranya tersendiri ke arah menguatkan kedudukan kepimpinan kerajaan Pakatan Harapan bagi menjaminkan kesejahteraan masa depan bangsa serta negara.”

Khairuddin juga menegaskan bahawa kedua-dua pemimpin politik itu komited dalam agenda membangunkan semula negara tanpa mempedulikan agenda politik peribadi.

Lepas tengok gambar tu, rakyat gembira melihat hubungan Anwar dan Tun M yang ternyata sangat baik. Ada juga yang mengatakan mereka tak sangka Anwar dan Tun M ni pernah bermusuh melihatkan layanan baik mereka terhadap satu sama lain.

Komen
sumber: facebook

Menurut mereka, aturan Allah itu begitu cantik. Jika Anwar tidak ditangkap suatu ketika dulu, pasti lain pula perjalanan kisah politik negara kita. Ada yang siap ramalkan KJ mungkin akan berkahwin dengan Nurul Izzah! Mak ai!

Speku
sumber: facebook

Semua yang terjadi pasti ada hikmahnya. Marilah sama-sama kita doakan mereka panjang umur dan akan terus bersama membina negara ke arah yang lebih baik.

Baca: “Orang yang fikir idea ini adalah kerja gila”

Ok 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.