in

“Tak sangka akan datang semula…” – Terkedu Bila Raja Muda Selangor ‘Repeat’ Beli Nasi Lemak

Rms Beli Nasi Lemak Dia

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Biasalah bila perniagaan laku dan maju, memang tak menang tangan nak layan pelanggan. Kadang-kadang tak sempat pun nak dongak tengok muka atau bertentang mata dengan mereka.


Tapi, siapa sangka tengah duk sibuk siapkan order, sapaan yang disangka daripada orang biasa rupa-rupanya dari kerabat diraja.

Rozeeta, 33, kongsi detik dia terkesima dek kerana Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah singgah untuk membeli nasi lemak yang dia jual.

Hello, lamanya tak jumpa. Tadi datang tapi you takde!”

Cikmak

Rms 1
sumber: twitter

Begitulah sapaan daripada Tengku Amir yang membuat Rozeeta terkedu, lapor mStar. Ketika itu, dia sedang berniaga untuk satu program dipanggil SAY Ignite 2018 di Taman Tasik Shah Alam.

“Memang tak sangka beliau akan datang semula. Lagipun masa tu baru lepas hujan dan keadaan jalan agak berlecak.

“Masa tu tengah siapkan pesanan pelanggan. Tiba-tiba ada orang tegur. Saya angkat kepala, tengok-tengok Raja Muda Selangor.”

Rms 2
sumber: twitter

Menurutnya, kunjungan Tengku Amir itu merupakan satu pengalaman berharga hingga membuatkan hatinya berbunga-bunga. Katanya, food truck dia pernah dikunjungi Tengku Amir pada tahun lalu. Tapi, tak sangka pula beliau akan datang semula untuk ‘repeat’.

“Saya ingat kali pertama beliau datang tahun lalu semasa satu acara di Stadium Melawati, Shah Alam. Masa tu saya fikir kunjungan tu mungkin sekali seumur hidup.

“Tapi bila beliau datang kali kedua, saya amat terkejut. Yalah adat berniaga kalau pelanggan datang balik tu maksudnya makanan tu sedap. Ia satu pengalaman yang saya tak boleh lupa sampai bila-bila.”

Cikmak 1

Cikmak 2
sumber: instagram

Punyalah terkesima sebab dikunjungi kerabat diraja, Rozeeta cerita yang dia sampai jadi gugup hingga terlupa nak menggunakan bahasa formal istana.

“Saya jadi gugup, tak tahu nak buat apa. Semuanya berlaku secara spontan. Saya bercakap guna Iyou… dengan beliau. Tengku Amir pun layankan juga. Beliau sangat peramah dan seorang yang merendah diri.

“Lepas beliau balik baru saya rasa macam serba salah. Ya Allah dalam hati kata, sepatutnya saya merafak sembah tapi waktu tu macam separuh sedar. Jadi kami cakap macam kawan-kawan. Saya minta maaf sangat-sangat.”

Rms 3
sumber: twitter

Pastinya kunjungan Tengku Amir takkan dilupakan sampai bila-bila oleh Rozeeta yang dah usahakan perniagaan diberi nama GengCikMak ni selama dua tahun.

Baca: Kemunculan Putera Mateen di Sukan SEA Buat Peminat Tempatan Histeria

Selfie Mateen

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.