in

Tak Sampai 24 Jam, Jalan Raya Rosak Di Jepun Akibat Gempa Siap Dibaiki!

f2 earthq

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Beberapa hari lepas, negara Jepun telah dilanda gempa bumi sekuat 7.3 skala Richter dan seperti biasa, bencana alam seumpama itu sudah semestinya akan menyebabkan sesetengah kemudahan awam di kawasan yang terlibat rosak.

Namun, di Jepun, lebuh raya yang rosak berjaya dibaiki semula dan boleh dilalui oleh orang ramai dalam tempoh tak sampai 24 jam pun!


Gambar kerja-kerja pembaikan lebuh raya yang retak di Tohoku Expressway itu telah dikongsikan oleh akaun Twitter rasmi Nippon Expressway Company atau juga dikenali sebagai NEXCO iaitu sebuah agensi yang ditugaskan untuk membaiki jalan raya yang rosak di seluruh Jepun.

Pada awalnya, syarikat NEXCO berkenaan mengumumkan di Twitter bahawa lebuh raya berkenaan terpaksa ditutup selama beberapa jam untuk kerja-kerja penyelenggaraan.

Pihak mereka juga ada meminta maaf di atas kesulitan yang terjadi kepada pengguna jalan raya yang tidak dapat melalui jalan berkenaan sepanjang tempoh tersebut.

Screenshot 514

Menerusi Tweet berkenaan, difahamkan, jalan telah ditutup bermula pukul 11.36 malam namun pada sekitar jam 3 petang keesokan harinya, jalan berkenaan telah dibuka semula untuk dilalui oleh orang ramai.

Ketangkasan pihak berwajib di Jepun membaiki jalan ini telah mendapat perhatian ramai netizen dari seluruh dunia kerana kebanyakan negara maju lain juga tak mampu bertugas selaju seperti orang Jepun.

Setakat ini (ketika artikel ini ditulis), Tweet berkenaan telah mendapat lebih 23 ribu kali Retweet daripada pengguna Twitter sebab memang ramai yang terpegun dengan kehebatan rakyat negara matahari terbit itu terutamanya dari segi kecekapan mereka dalam bidang pekerjaan.

Bila la Malaysia ni nak jadi macam Jepun jugak? Jenuh bawak kereta, mesti kita akan jumpa lubang kan. 

Baca: [VIDEO] Jepun Dilanda Gempa Bumi, Lelaki Kongsi Keadaan Penduduk Masih Tenang Semasa Kejadian 

Screenshot 511

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.