in

“Tak Sampai 10 Minit! ” – Kanak-Kanak 2 Tahun Disahkan Positif Covid Lepas Main Selimut Bekas Pesakit

Featured Image 2 9

Sememangnya wabak COVID masih belum selesai di dunia ni, setiap hari pasti dunia akan mencatat jumlah baru yang terkena virus tersebut.

Menerusi Worldometer, kini jumlah angka keseluruhan kes positif seluruh dunia mencatatkan lebih 8.5 juta kes dengan lebih 450,000 kematian.

Corona1

Baru-baru ini dilaporkan, seorang kanak-kanak lelaki dari Beijing, China disahkan positif COVID-19 selepas dia bermain dengan selimut bekas pesakit yang sudah maut.

Menerusi Mirror.co.uk, selimut itu adalah kepunyaan seorang kanak-kanak perempuan berumur 6 tahun yang ditinggalkan di sebuah tadika selepas dia di masukkan ke hospital.

 

Terkena Jangkitan COVID-19

Kanak-kanak lelaki yang berumur 2 tahun itu dipercayai dijangkiti setelah ibunya yang juga merupaka guru di tadika berkenaan telah membawanya ke kelas.

Biasalah, bila tiada siapa yang nak jaga anak, mesti parents akan bawak ke tempat kerja kan…

Ketika aktiviti kelas bermula si ibu membiarkan anaknya bermain dengan selimut kepunyaan salah seorang pelajar perempuan di tadika berkenaan.

Tanpa disedari selimut itu sebenarnya milik seorang bekas pesakit COVID-19. Selang beberapa hari lepas kejadian, kanak-kanak lelaki itu telah menunjukkan simptom-simptom wabak dan disahkan positif.

Corona2

Disebabkan seorang kanak-kanak terkena jangkitan, demi langkah berjaga-jaga semua pelajar tadika tersebut harus menjalani ujian saringan juga.

Corona3

 

Dijangkiti Daripada Keluarga Sendiri

Difahamkan pemilik asal selimut tersebut telah pun meninggal dunia. Dia dan keluarganya telah disahkan positif pada 14 Jun lalu.

Menurut sumber, dia bersama ibunya telah dijangkiti daripada bapa dan neneknya yang bekerja di sebuah Pasar Xinfadi yang terletak di daerah Fentai Beijing.

Corona4

Ada yang beranggapan kerana barangnya masih ada di tadika itu, mungkin ramai lagi yang akan terkena virus ini.

Bagi min seeloknya kita kena bakar barang yang disyaki terdedah dengan virus ini. Kalau sayang sekali pun, sanitize elok-elok dan pastikan ianya di spray dengan rata.

 

Baca: “Berkorban nyawa” – Tak Fikir Risiko, Cucu Bagi CPR Cuba Selamatkan Nenek Dari Covid-19 Buat Kali Terakhir

Annotation 2020 06 19 154810

Sumber: Worldometer
Sumber: Mirror.co.uk
Sumber: Mirror.co.uk
Sumber: Mirror.co.uk