Baru-baru ini, tular satu video memaparkan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mengetuk kepala seorang pelajar perempuan dengan helaian kertas.
Video tersebut telah mendapat pelbagai respon daripada netizen yang mana rata-rata mengecam tindakan itu dan menganggap ia sebagai sesuatu yang tidak patut dilakukan dan melampaui batasan.
“Buat apa mensensasikan perkara yang tidak betul”
Pun begitu, keluarga kepada pelajar perempuan yang diketuk kepalanya telah meminta untuk orang ramai tidak mensensasikan perkara tidak betul tentang kejadian pada Sabtu lalu.
Pengguna akaun TikTok, MCSyalwa yang didakwa ibu kepada pelajar terbabit berkata, mereka sekeluarga tak ada masalah dengan insiden yang berlaku.
https://www.tiktok.com/@ssal328/video/7270120283938376962?_r=1&_t=8f4C5NHprtK
Sudah-sudahlah. Hidup dengan aman hampa ooi. Buat apa mensensasikan perkara yang tidak betul.
“Kami pihak ibu bapa dan anak tiada apa-apa isu pun. MB baik ja, melayan kami walaupun penat berbasikal,” kata wanita itu.
Menurut Sinar Harian, wanita berkenaan yang dikenali sebagai Salwa itu memaklumkan MB Kedah juga tidak perlu meminta maaf kepada mereka sekeluarga akan kejadian itu kerana anaknya juga dalam keadaan baik.
Tak sakit, patah pun. Kami melawak sesama kami. Itupun nak jadi isu,” katanya.
Dalam pada itu, Sanusi juga sebelum ini telah mempertahankan tindakannya dengan mengatakan itu hanyalah cara bergurau untuk menegur pelajar berkenaan kerana lambat memohon bantuan.
“Lepuk dengan sehelai kertas (surat) saja, bukan dengan kayu,
“Melawak dengan anak-anak, lagu tu lah cara kami kat kampung ni melawak. Anak tu nak masuk politeknik esok hari. Pada hari tu baru bagi surat minta sumbangan.
“Kena lepuklah tapi tetap bagi juga RM650 untuk beli barang dia masuk politeknik,” katanya.
Harapnya kes tidak dipanjangkanlah sebab kedua-dua belah pihak pun anggap perkara ini sebagai gurauan semata-mata.
Baca: Sanusi Perjelas Dakwaan ‘Direhatkan’, Mohon Maaf Tidak Hadir Ceramah Politik