in

“Tak rasa pun denda ni salah” – Bos Paksa Staff Makan Anak Ikan Hidup & Minum Darah Ayam Sebab Tak Capai Target

Mud Fish2 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
"Tak rasa pun denda ni salah" - Bos Paksa Staff Makan Anak Ikan Hidup & Minum Darah Ayam Sebab Tak Capai Target
Loading
/

Kebanyakan kerja sekarang, mesti akan diberikan sasaran quota untuk staff kena capai, lebih-lebih lagi kalau kerja dalam bidang sales.

Kalau tak capai mesti kita akan dipantau dan mungkin dikenakan amaran keras supaya kita jaga performance kerja kita, tapi cara satu syarikat ni bagi dengan sebagai tanda amaran agak keterlaluan.


 

Makan anak ikan hidup-hidup bersulamkan air darah ayam sebagai minuman 

Ada majikan dari satu syarikat di China ini telah menggemparkan warganet dengan melakukan satu tindakan kejam kepada staff-staff dia yang tak capai sasaran quota yang telah ditetapkan.

Majikan bertindak memberikan satu denda terus dimana staff diarahkan untuk memakan anak ikan hidup-hidup! Tak cukup dengan tu, majikan dari Guizhou ini suruh mereka minum darah ayam lepas makan ikan tersebut.

Video yang berdurasi 38 saat itu menunjukkan seorang lelaki memberikan anak ikan mentah daripada besen kepada pekerra dia dan selepas makan dia bagi air darah ayam tu sebagai minuman mereka. Ok kembang tekak bila tengok video ni!

 

Tak rasa apa yang dibuat tu salah – Majikan

Menurut sumber Shanghaiist, majikan dari syarikat berkenaan rasa apa yang dia buat denda tu tak salah sebab katanya pekerjanya memang buat perkara macam tu dengan rela hatiSeriously?

Lagi pun pasal kes-kes majikan denda staff ni bukan lah satu perkara baru pun kan. Tapi cara macam ni memang agak melampau. Jijik!

 

Baca : Majikan Bagi Ganjaran Pada Staf Yang Pakai Huawei Tapi Siapa Pakai iPhone Tak Dapat Naik Pangkat!

Majikan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.