Bagi yang mengikuti pempengaruh media sosial, DMA Islam, pasti ada yang terkejut apabila pempengaruh ini memuat naik beberapa video di Threads memaparkan dirinya selesai menghadiri sebuah majlis pertunangan.
Lebih memberikan tanda tanya, kenyataan yang ditulis di kapsyen ‘Syukur selesai majlis dma’ seakan-akan ia merupakan majlisnya.
Syukur selesai majlis dma.
“Alpha kalau kawen pun cool. Tak sabar nak tunjukkan betapa noobnya korang dalam rumah tangga.
“Semoga tak jadi suami gay macam korang asyik salin pampers,” tulisnya.
Artikel berkaitan: “Hidup zaman bila dik?” – Mekyun ‘Sound’ DMA Islam Anggap Tugas Wanita Hanya Mengemas & Kangkang
Artikel berkaitan: “Adab & sopan santun adalah pemenang” – Kalah Bertinju, Da’i Wan Tegur DMA Islam

Hantaran berkenaan telah mengundang pelbagai komen daripada netizen yang kebanyakannya mengkritik DMA Islam dan mempersoal wanita yang ‘kononnya’ menjadi pilihan DMA Islam itu.

Walau bagaimanapun selepas disiasat, rupa-rupanya bukan DMA Islam yang bertunang namun rakannya, seperti yang dipaparkan dalam video di bawah.
Terdahulu, nama DMA Islam sering menjadi bualan netizen kerana mengangkat imej ‘lelaki alpha’ dan didakwa memperlekehkan darjat wanita melalui beberapa pandangan dan kenyataan yang diutarakannya sebelum ini.
Sumber: Threads
