Baru-baru ini, satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di sebuah masjid bertempat di Indonesia tular apabila dua orang lelaki bertindak mengejar pengurus masjid tersebut dengan membawa parang.
Lebih mengejutkan, tujuan dua lelaki itu bertindak demikian hanyalah gara-gara kata laluan bagi WiFi di masjid itu telah ditukar. Ya, semata-mata password WiFi!
Kejadian tersebut dikatakan berlaku di Masjid Al Muslim, Kota Medan pada hari jumaat lepas. Melalui klip yang dikongsi Instagram Fakta Indo, tiga orang lelaki dilihat melarikan diri di ruang legar masjid tersebut setelah dikejar oleh dua lelaki yang bersenjatakan parang.
https://www.instagram.com/p/CX-j7Y0JfU8/
Menurut laporan dari Tribun News, pihak polis tempatan telah mengenal pasti identiti individu yang terlibat dan menyatakan kejadian tersebut berpunca daripada pertengkaran antara pengurus masjid dan dua orang lelaki itu.
Dia turut mengesahkan bahawa punca spesifik kepada kejadian itu adalah akibat pengurus masjid tersebut telah menukar kata laluan bagi WiFi masjid, menjadikan dua orang lelaki berparang itu mula ‘naik hantu’.
Ketua Polis Daerah Medan Timur, Kompol Rona Tambunan mengulas kedua-dua lelaki itu telah ditahan polis pada pagi Sabtu berikutan laporan polis yang dibuat orang ramai berhubung kejadian itu.
Tambahnya lagi, beliau turut mengesahkan ketiga-tiga mangsa dalam aksi kejar-mengejar bersenjata itu sedang dalam proses membuat laporan polis berhubung kejadian itu sendiri.
“Solat tak nak, WiFi nak pulak” – Netizen
Di ruangan komen, rata-rata pengguna menyelar tindakan dua orang lelaki itu yang boleh dikatakan melampau. Mana tidaknya, WiFi punya pasal pun sampai nak tunjuk gangster!
Lain macam betul perangai. Orang lain pergi masjid hari jumaat nak sembahyang, diorang boleh pulak datang nak buat onar…
Baca: “Ronaldo patuh syariah ni” – [VIDEO] Netizen ‘Impressed’ Lihat ‘Kembar’ Ronaldo Jadi Bilal Masjid