Tak Puas Hati Gagal Assignment, Pelajar Saman Universiti Monash!

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:



Bila dah masuk universiti ni lain sikit cabarannya. Ada masa-masanya kita mesti tak sependapat dengan lecturer especially kalau melibatkan markah. Tapi nampaknya student masters dari Universiti Monash, Australia ni memang tak puas hati betul sampai saman universiti tu! Wow!

Menurut WORLD OF BUZZ, pelajar masters jurusan Journalism, Chinmay Naik, hantar assignment berkenaan topik stereotaip negatif tentang anjing dan terperanjat bila dia cuma dapat markah sebanyak 12/100.

Gambar hiasan

Lagi sadis, bila assignmentnya disemak kali kedua, markahnya naik sikit je. Lah awat cam tu…

Difahamkan, assignment dia memaparkan street interviews dengan pemilik anjing yang membawa haiwan peliharaan mereka keluar berjalan. Penanda assignment pula mengkritik hasil kerja Chinmay kerana mempunyai masalah ni:

  • takde struktur
  • one shot of overlay
  • takde expert interviews
  • pendahuluan/isi/penutup yang tak jelas

Teruk sangat ke agaknya assignment dia tu?

Chinmay tak dapat terima result yang diberikan sebab bagi dia paling kurang pun patutnya dapat markah lulus. So, dia mengambil keputusan untuk bawa kes ni ke Mahkamah Tinggi untuk tukar markah tu.

Sumber: Daily Mail

“Pelajar itu menjelaskan di mahkamah bahawa universiti bertindak secara tidak sah di sisi undang-undang kerana enggan mendedahkan siapa penanda kedua, dan percaya orang yang sama menanda tugasannya dua kali.”

Kes tersebut turut dibawa kepada pejabat Perdana Menteri Australia, Suruhanjaya Hak Manusia dan penyokong awam di mana semuanya menolak rayuan Chinmay.

Fuh, tak sangka sampai boleh masuk court!

Baca: Pelajar Universiti Pernah Dipanggil ‘Bodoh’, Kini Miliki Tiga Ijazah Dalam Tempoh Lima Tahun

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:

Ditulis oleh Amalina Zainal

Seorang yang optimis dan teliti serta berkemahiran dalam berkomunikasi; boleh bekerja dalam pasukan, berfikiran terbuka dan seorang yang menepati masa.