• Facebook
  • twitter
  • Instagram
  • youtube
  • Pengiklanan
  • Hantar Artikel
  • Hubungi

Lobak Merah

  • Semasa
  • Berita Sosial
  • Gaya Hidup
  • Hiburan
  • Video
Search
Follow us
  • Facebook
  • twitter
  • Instagram
  • youtube
Menu

Lobak Merah

Search
in Berita Sosial

“Tak pernah tolak walaupun bukan sebangsa, seagama” – Kisah 2 Nenek India Datang Surau Minta Bantuan, Netizen Tersentuh

by Sue Idris March 13, 2020, 5:29 pm

ShareTweet
Surau Sedekah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seronok dan bahagia rasanya bila baca kisah-kisah inspirasi yang menceritakan tentang keharmonian hidup berlainan bangsa dan agama di Malaysia.

Seperti kisah yang dikongsi di Facebook baru-baru ini, dua warga emas datang ke sebuah surau di Petaling Jaya untuk meminta bantuan barangan asas. Difahamkan, mereka berdua telah kematian suami dan hidup dalam kesempitan.


Petang tadi ada dua orang nenek berketurunan India datang ke surau kami. Ini bukanlah kali pertama mereka datang ke sini. Kedua-duanya datang dari flat bersebelahan.”

Masing-masing kematian suami, orang susah. Mereka bukan ada bantuan zakat atau baitulmal pun.”

Surau1

 

Surau tak pernah tolak sesiapa minta bantuan, tak kira agama & bangsa

Menurut perkongsian itu, bantuan sebegitu bukanlah terhad untuk umat Islam semata-mata. Malah ada saja masyarakat berbangsa Cina dan India yang meminta bantuan sebelum ini.

Katanya, miskin bandar itu sangat serious zaman sekarang. Apatah lagi kalau tinggal di rumah flat bukannya ada tanah untuk bercucuk tanam atau laut menangkap ikan.

Pihak surau tak pernah menolak walaupun mereka bukan sebangsa dan seagama dengan kita. Ini adalah soal manusia dan kemanusiaan.”

Kalau kat kampung tu, takde duit sangat pun, ada juga tanah untuk bercucuk tanam, ada laut untuk menangkap ikan. Kat bandar banyaknya duduk flat, nak bercucuk tanam dan tangkap ikan celah mananya.”

 

Bukan sumbangan wakil rakyat, NGO atau kerajaan

Katanya lagi, barang-barangan keperluan asas yang sering diletakkan dalam almari di surau bukanlah hasil sumbangan mana-mana wakil rakyat, NGO mahu pun kerajaan.

Surau3

Sebaliknya, semuanya hasil sedekah daripada ahli kariah sendiri yang tidak putus memberikan sumbangan dan memenuhkan almari tersebut dengan bermacam jenis makanan.

Adakalanya penuh, adakalanya susut, adakalanya gerubuk ni kering langsung…semuanya bergantung pada ‘ekonomi’ poket masing-masing.”

Kedua-dua warga emas itu kemudian disedekahkan sekampit beras, sebungkus garam, gula dan sepaket minyak masak untuk dibawa pulang ke rumah.

Surau2

Surau4

 

Tak pernah ‘tarbiah’ pada non Muslim

Kami juga tidak pernah ‘tarbiah’ pada non Muslim yang datang ke surau untuk ambil barang2 asas itu, termasuk dua achi-achi tadi. Malah satu perkataan suruh depa masuk Islam pun kami tak sebut.”

Sesungguhnya hidayah tu milik Allah, bukan milik kami.”

Ramai netizen yang membaca entri ini mengucapkan terima kasih kerana membuktikan kita hidup dalam harmoni di Malaysia. Mereka juga memuji serta berharap semua surau atau masjid turut berbuat sedemikian dengan tidak menolak jika ada non Muslims meminta bantuan.

Baca: “Tengok muka diorang happy je”- Netizen Puji Usaha Tealive Belanja Kakitangan Hospital Yang Rawat Covid-19

Feature 1 10

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
ShareTweet

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Terkini

  • Ft Pasport

    “Pasport 10 tahun diteruskan, hanya hentikan tambahan lebih 10 tahun” – JIM

  • Siak Masjid Cleaner Zina Bilik Jenazah

    “Nasib baik tak jadi jenazah” – Bekas Siak & ‘Cleaner’ Masjid Mengaku Salah Cuba Berzina Di Bilik Jenazah

  • Syaz Ft 28

    “Superhero sebenar” – Berani Pertaruh Nyawa, Orang Awam Berjaya Tarik Keluar 2 Mangsa Kebakaran Di Klang

  • Ft Sekolah

    Suspek Kes B*nuh Bandar Utama Alami Pelbagai Ilusi, 5 Tahun Tak Dapatkan Rawatan

  • Syaz Ft 27

    “Cuma anak penoreh getah…” – Perkongsian Latar Belakang Menteri Agama, Dr Zulkifli Hasan Buat Ramai Kagum

Video Terbaru

  • Screenshot 2026 03 28 121532

    Bila Jasad Dalam Meeting, Tapi Mental Kat Kampung

  • Belanjawan 2026

    [TONTON] Siaran Langsung Pembentangan Belanjawan 2026 Oleh YAB Perdana Menteri

  • Freepik The Style Is Candid Image Photography With Natural 29213

    Kenapa PRN Sabah 2025 Jadi Titik Penting Untuk Generasi Baru?

  • 5

    Gabungan Legenda dah Tiba!

  • Image

    AirAsia Diskaun Sehingga 33%

Siaran Akhbar

  • Collage 6

    Lain Tapi NGAM? Mamee Monster & ZUS COFFEE Rai Kepelbagaian Unik Rakyat Malaysia Sempena Bulan MerdekaSempena Bulan Merdeka

  • Fpanda

    Foodpanda Lancar Kempen ‘Satu Rasa Bersama’ Sempena Hari Merdeka & Hari Malaysia

  • Sd

    MAHA 2026 Sasar 4 Juta Pengunjung, Tawar Pelbagai Tarikan Termasuk Pertunjukan Dron & Agro Safari

IKUTI KAMI

  • Facebook
  • twitter
  • Instagram
  • youtube

Video Terbaru

  • Screenshot 2026 03 28 121532

    Bila Jasad Dalam Meeting, Tapi Mental Kat Kampung

  • Belanjawan 2026

    [TONTON] Siaran Langsung Pembentangan Belanjawan 2026 Oleh YAB Perdana Menteri

Terkini

  • Ft Shila Amzah 1

    “Diorang yang nyanyi dulu” – Shila Amzah Kagum Peminat Di China Nyanyi Lagu Memori Tercipta

  • Ft Nubhan Dr Fie

    “Kalau nak fikir orang, awal lepas cerai saya dah tulis macam-macam” – Nubhan Nasihat Dr Fie Banyak Bersabar

  • Syaz Ft 2026 08 11T152122.981

    Tampil Anggun Bertudung, Foto Zahirah Macwilson & Aiman Hakim Di Bali Raih Pujian

  • Ft Nubhan

    “Kalau dia tak salah kenapa perlu takut?” – Peguam Nubhan Sangkal Dakwaan Bagi 120 Soalan Untuk Cuba Menekan Dr Fie

Sebahagian daripada network INFLUASIA. Copyright © 2026 Lobak Merah.

  • Hantar Artikel
  • Pengiklanan
  • Hubungi
  • Syarat Perkhidmatan
  • Privacy Policy
Back to Top
Close
  • Semasa
  • Berita Sosial
  • Gaya Hidup
  • Hiburan
  • Video
  • Pengiklanan
  • Hantar Artikel
  • Hubungi
  • Facebook
  • twitter
  • Instagram
  • youtube