in

“Tak pernah dibuat orang macam ni” – Korea Selatan Buat Exam Di Padang Bola Elak Jangkitan Covid-19

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Berikutan fasa pandemik akibat wabak Covid-19 kerajaan di seluruh dunia cuba melakukan inisiatif yang terbaik untuk rakyatnya bagi memastikan semua selamat dan terhindar daripada jangkitan virus itu.


Sebuah syarikat awam di Korea Selatan telah mengadakan peperiksaan di salah satu stadium bola dan membuat penjarakan sosial setiap calon, lapor The Irish Times.

Terdapat lebih 100 orang yang siap memakai face mask dipisahkan dengan jarak lima meter bagi mengelakkan penularan virus itu dalam kalangan mereka.

Sebelum memasuki lapangan tersebut, mereka akan disaring satu persatu bagi tujuan keselamatan.

Menurut salah satu individu yang ditemubual, baginya agak susah untuk menjawab exam di kawasan seperti ini kerana keadaannya yang sejuk namun dia lega kerana masih dapat menjawab exam walaupun dalam keadaan seperti ini.

“Agak pelik bila perlu menjawab soalan exam tapi kena tengok rumput. Ianya sangat berbeza dan di luar jangkaan orang ramai”

Agak-agak macam mana pengawas exam tu jaga diorang kat sini eh?

Baca : “Selagi takde vaksin memang payah” – 51 Bekas Pesakit Covid-19 Di Korea Selatan Kembali Postif, Virus Boleh Aktif Balik

 

 

Sumber: Lad Bible
Sumber: Lad Bible
Sumber: Irish Times
Sumber: Irish Times
Sumber: Lad Bible

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.