in

Agong Bimbang Jangkitan Covid-19 Meningkat, Gesa Kerjasama Seluruh Rakyat

Untitled Collage 57

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Beberapa hari lepas, perkembangan mengenai jangkitan Covid-19 dalam negara seolah-olah tenggelam di sebalik isu kemelut politik yang melanda — namun ia kembali menjadi tumpuan utama setelah Kementerian Kesihatan Malaysia melaporkan peningkatan jumlah kes yang disahkan positif wabak itu.


Semalam Berita Harian melaporkan, sebanyak 28 kes baharu jangkitan Covid-19 dikesan oleh sehingga pukul 12 tengah hari semalam.

Malah, tular di WhatsApp dan beberapa platform media sosial mengenai mesej orang ramai, yang berkongsi maklumat mengenai beberapa lokasi sekitar ibu negara yang telah ditutup untuk proses pembasmian kuman — antaranya termasuk Wisma Felcra.

Perkembangan terbaharu ini turut mendapat perhatian daripada Yang Dipertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah — yang hari ini telah menitahkan seluruh rakyat Malaysia memainkan peranan, bagi membantu Kementerian Kesihatan Malaysia dalam menangani penularan jangkitan itu di negara ini.

Agong 1

Bernama melaporkan, rakyat turut dinasihatkan supaya patuh kepada panduan dan langkah pencegahan yang dikeluarkan KKM untuk mengelak penularan Covid-19.

Selain itu, penganjur-penganjur majlis juga dinasihatkan menjalankan saringan gejala dan sejarah perjalanan ke China dalam tempoh 14 hari kebelakangan dari tarikh program terhadap peserta — selain menyediakan cecair pembasmi kuman yang mencukupi bagi kegunaan peserta.

Penganjuran1

Yang Dipertuan Agong dalam pada itu turut menyeru rakyat untuk bersama-sama baginda berdoa memohon ihsan Allah SWT — supaya Malaysia dan dunia dilindungi daripada wabak berkenaan.

Semalam media melaporkan, Jabatan Agama Islam Selangor telah mengarahkan semua masjid dan surau di negeri itu agar membaca Qunut Nazilah yang terdapat dalam doa qunut ketika solat Subuh — bagi memohon perlindungan Allah daripada jangkitan Covid-19.

Doa Tolak Penyakit

Baca: Dalam Masa Seminit Je, Wanita Berusia 40 Tahun Ini Telah Dijangkiti Covid-19 Masa Naik Lif

Collage 14

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.