in

Tak Perlu Pergi India, Rasai Pengalaman Holi Festival Dekat Acara Larian MBJB Julai Ini!

Jomrun Jb

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

India memang terkenal dengan perayaan Festival Holi yang diraikan pada awal Mac setiap tahun. Bagi yang taktau, festival ni merupakan puncak hari Raya bagi masyarakat India di mana mereka meraikan kemenangan kebaikan ke atas kejahatan.


Pada waktu tu, setiap stranger akan bertegur sapa dan peluk each other sambil ucap ‘Happy Holi’. Bukan setakat peluk, dorang akan menyanyi, menari dan paling havoc sekali dorang akan baling serbuk warna to each other sambil bergembira.

Holi Festival Love Gif

 

Tak payah pergi India, dekat Malaysia pun ada!

Punyalah best perayaan ni sampaikan ramai orang dari segala pelusuk dunia nak rasai pengalaman meraikan festival Holi bersama-sama dengan masyarakat India. Dorang akan sanggup beli tiket flight dan bermalam selama beberapa hari untuk experience festival ni.

But of course, ada je yang impikan untuk join festival Holi dekat sana tapi kurang berkemampuan memandangkan plan tu akan makan belanja yang agak tinggi. Tapi, korang dah tak perlu nak terbang sampai India untuk experience moment ala-ala festival Holi. Betul, tak percaya ke?

Festival

Holi

 

Siapa kata acara larian membosankan?

Yes, korang boleh rasai pengalaman baling serbuk warna to strangers dekat acara larian MBJB! Siapa kata acara larian membosankan? Kali ni memang lain daripada yang lain sebab buat julung kalinya Majlis Bandaraya Johor Bahru akan adakan MBJB Colour Run.

Korang tengok sendiri betapa meriahnya acara larian JomRun yang sebelum ni. Paling latest is, Sungai Kim Kim Charity Run yang telah berlangsung pada 4 Mei lepas dekat Johor Bahru juga. Ramai orang daripada pelbagai bangsa, berbeza umur dan ada yang datang dari negeri lain juga untuk join acara ni tau!

Mbjb Color Run

Larian1

Larian2
sumber: facebook

 

Tiket SUPER EARLY BIRD habis dijual dalam masa 2 hari je!

Acara menyeronokkan yang akan berlangsung pada 6 Julai nanti bertemakan Different Colours melambangkan rakyat Malaysia yang berbeza bangsa, agama dan latar belakang. Nice kan? Bukan tu je, acara ni adalah yang terbesar diadakan di selatan Semenanjung Malaysia.

Lagi best, 500 peserta terawal layak untuk dapatkan early bird tickets. Sebelum ni, super early bird tickets habis dijual dalam masa 2 hari lepas pendaftaran dibuka. So, kali ni make sure korang cepat dapatkan tiket early bird supaya tak kecewa di kemudian hari. Ahh gituuu!

Macam mana nak daftar? Korang download aplikasi JomRun dan boleh terus daftar dekat situ! Senang je kan? Tunggu apa lagiiiii???

Early Bird

 

Sambil jogging, sambil have fun!

Peserta juga akan dapat medal dan tshirt yang direka cantik sesuai dipakai setiap peringkat umur. Korang juga akan dapat personal accident insurance dengan light refreshments sebelum acara larian dimulakan.

Acara terbahagi kepada 2 kategori iaitu 5 kilometer dan 10 kilometer. Setiap peserta juga akan dibekalkan serbuk pewarna makanan untuk dibaling sepanjang acara larian. Bayangkan sambil lari tu ada yang baling serbuk then korang pun baling balik. Bestnyaaa!

Holi Festival Bollywood Gif

Larian9

Larian10
sumber: facebook

 

Tak sia-sia jogging, dapat reward pulak tu!

Takdelah macam acara larian biasa, kali ni korang boleh jogging sambil have fun! Paaaaling best, korang bukan setakat lari sia-sia but korang akan dapat reward tauuuu! Nak tahu macam mana? Korang boleh download app JomRun atau usha website dorang dekat sini.

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.