“Tak perlu gentel” – 4 Cara ‘Semudah ABC’ Nak Buat Kuih Siput Menggunakan Pasta

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Zaman sekarang banyak betul makanan-makanan yang digubah untuk memudahkan kita, kalau dulu kuih siput tu adalah kuih paling mudah dan ringkas untuk kuih raya.

Tapi sekarang, makin mudah pula daripada kuih siput yang asal. Hanya pakai pasta je! Macam mana? Korang tengok perkongsian ni, mungkin boleh try?

 

Kuih Siput Ekspres, Tak Perlu Gentel Guna Pasta Je!

Bahan-bahan :

-Makaroni/spiral/small shell..
-Tepung bestari /Tepung Goreng Serbaguna..
-Daun kari..
-Serbuk lada hitam..
-Minyak untuk menggoreng..

 

1. Masukkan makaroni/spiral/small shell dalam tapis. Lalukan bawah air. Cuci bersih

 

2. Tuangkan tepung bestari. Kuantiti agak-agak, asalkan melekat pada makaroni/spiral/small shell tu. Kalau tak lekat tambah sedikit air.

 

3. Panaskan minyak. Goreng hingga kekuningan bersama daun kari & gaulkan

 

4. Angkat dan toskan. Gaul dengan black pepper. Dah siap.

Mudah bukan? Agak-agak korang suka kuih siput alaf baru ni? Bagi admin, asli adalah yang terbaik sepanjang zaman.

 

Baca : “Senangnya boleh cuba masak esok” –  Resipi Dendeng Daging Ni Memang Senang Nak Buat

 

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Izuan Jelani

Si gemuk yang tengah berpulun nak kuruskan badan tapi kuat makan, namun selepas 6 bulan lelaki ini berjaya menghilangkan RM 1,000 tanpa sebarang kg.