“Senangnya boleh cuba masak esok” – Resipi Dendeng Daging Ni Memang Senang Nak Buat

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Kalau korang rasa macam susah nak cari rendang yang sedap lepastu nak masak pun tak larat sebab rendang ni lama nak masak kan?

Apa kata tahun ni korang buat dendeng daging? Dah lah sedap makan dengan ketupat atau nasi impit nak buat pun senang je wehhh.

Jom tengok cara-cara nak buat dendeng daging yang dikongsi oleh Rasa ni. Kalau korang nak tahu, resipi ni untuk 1kg daging.

Resipi Dendeng Daging

Bahan-bahan:

Sumber: Rasa
  • 3 ulas bawang putih
  • 4 biji bawang merah
  • 1 inci halia
  • 1/2 inci lengkuas
  • 3 batang serai
  • 3 senduk besar lada kisar
  • 1/2 mangkuk kicap
  • 2 senduk kicap lemak manis
  • 1kg daging (dihiris)
  • Minyak masak

Cara memasak:

Mula-mula korang perapkan daging yang telah dihiris bersama 1/2 mangkuk kicap.

Sumber: Rasa

Lepastu korang kisar bawah putih, bawang merah, halia, lengkuas dan serai dan tumis sampai naik bau.

Then, masukkan lada kisar dan masak sampai garing.

Kecilkan api dan masukkan pula daging yang dah diperap dengan kicap tadi lepastu kacau selalu supaya tak hangus dekat bahagian bawah. Kalau kurang rasa, tambahkan kicap.

Korang masak sampai daging jadi kering lepastu angkat dan hidangkan.

Sumber: Rasa

Dah siap! Kalau tengah berbuka ni makan dendeng daging dengan nasi panas. Sedapnyaaa. Admin pun dah terliur ni.

Selamat mencuba!

 

Baca: “Xleh move on dengan kesedapan dia” – Senang Gila Nak Buat Ayam Masak Thai Untuk Berbuka Ni!

 

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Nadia Ghafar

Pendengar setia Willie Nelson