in

“Tak penat ke asyik kena kecam?” – Ejen Takaful Ajar Cara ‘Tarik’ Prospek Yang Lebih Beradab

Ft Ejen Insurans Tegur Cara Lebih Beradab

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam satu perkongsian daripada seorang netizen telah menjadi tumpuan apabila tindakan seorang ejen insurans yang cuba ‘tarik’ prospek itu dianggap tidak wajar kerana menggunakan taktik guit trip.

Disebabkan kes itu tular, salah seorang ejen Adzren Adnan terpanggil untuk membuat teguran secara terbuka.


 

Kita tak penat ke asyik kena kecam?

Akui pekerjaan mereka seringkali dipandang negatif disebabkan perbuatan segelintir ejen lain, Adzren mengatakan bahawa dia hanya mampu geleng kepala apabila terbaca isu yang terjadi.

Disebabkan itu, Adzren memberikan beberapa tips kepada ejen lain agar tidak dikecam oleh mereka yang berpotensi menjadi prospek.

Tips yang diberikan ini ditujukan kepada mana-mana ejen yang menggunakan media sosial sebagai platform utama.

Copywriting, baca berulang kali

275283373 7925679257457630 5531671430666791945 N

Katanya, ejen-ejen perlu membuat semakan berulang kali content sebelum muat naik ke media sosial.

“Cari ayat atau perkataan yang perlu diubah suai, perlu dimurnikan atau perlu ditukar supaya tak mengguris hati mana-mana pihak. Sebab, bila dah dimuat naik, orang ‘screenshot’, tiada lagi patah balik. Sila siapkan ucapan maaf bersama tangisan ketika bersiaran langsung di media sosial. Itulah cara mudah zaman sekarang kan?”

Malah sebelum ingin membuat rundingan dengan pelanggan, Adzren menasihati agar elakkan menerima pandangan daripada sesama ejen.

“Kenapa tak minta ejen juga yang baca? Sebab, kadang-kadang, ejen ni akan menyokong juga apa yang awak nak muat naik tak kira betul atau salah. Bukan sebab dengki, tapi sebab dia pun ejen juga. Pandangan kita sebagai ejen, itu dah betul. Kita rasa ayat tu biasa, tak guris hati orang.”

“Tapi pandangan orang biasa yang bukan ejen, berbeza. Sebab tu wujud hantaran yang dihentam netizen setelah di muat naik. Sebab? Syok sendiri dan rasa “Fuh, power betul ayat aku”! Tak mungkin ejen tu sengaja nak dihentam kan? Tak mungkin. Tapi sebab tak ada pihak ketiga dan keempat yang menapis. Itu sahaja.”

Malah, Adzren juga meminta ejen untuk kaji selidik individu yang mereka mahu approach itu, boleh baca keterangan dia dibawah ni.

https://www.facebook.com/100000469031586/posts/7925716030787286/?d=n

Min sokong apa yang dikatakan ini, kenal dulu siapa prospek kita, ejen juga perlu memainkan peranan dalam menjaga sensitiviti seseorang.

Baca : “Kau sendiri buat kita ni dibenci” – Ejen Takaful Tegur Rakan Sekerja Yang Gunakan Banjir Untuk Tarik ‘Sales’

Ft Ejen Insurans Tegur Rakan Sekerja

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.