“Tak payahlah pose gaya budak 18 tahun” – Netizen ‘Loya’ Lihat Amelina Bergaya Macam Orang Muda, Tampil Lebih Seksi

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Siapa yang tak kenal dengan penyanyi dangdut, Amelina? Walaupun sudah berusia, Amelina tetap tampil vogue dan bergaya macam anak muda!

Walau bagaimanapun, penampilan penyanyi yang femes dengan lagu Asyik ni telah dikecam ketika menjalani satu sesi penggambaran di sebuah studio pada Rabu lalu. Pulakkk… 

 

“Bila Kak Long berusaha keras nak posing macam budak 18 tahun…” 

Menerusi perkongsian Amelina sendiri di Instagram, penyanyi yang berusia 43 tahun ni dilihat memakai dress yang terdedah di bahagian dada bersama rantai leher dan topi.

Amelina sendiri melalui caption di posting tersebut mengakui dia berusaha nak bergaya macam budak berusia 18 tahun walaupun agak kekok sedikit!

 

“Kak long tak payahlah nak pose gaya budak-budak 18 tahun ke apa ke…. tak sesuai dengan umur” 

Rata-rata netizen yang melihat posting tersebut telah mengecam gaya Amelina dan menganggap penyanyi tu dah makin tak sesuai dengan gaya macam tu. Sudahlah seksi dan terdedah sana sini pulak tu. Aduhai… 

Sumber: Instagram

Amelina yang merupakan ibu tunggal kepada 6 cahaya mata ini kembali aktif sejak akhir-akhir ni setelah mendiamkan diri beberapa tahun lalu.

Apa-apapun admin harap Amelina tak ambil hati dengan kritikan netizen. Mereka tegur sebab mereka sayang lah tu kan penyanyi kesukaan dorang? 

Baca: “Sengaja simpan Zamani sampai final untuk jaga rating” – Netizen Pertikai Zamani Masuk Final Gegar Vaganza 5

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Syaida Ismail

Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!