in

“Tak payah beli deodoran” – Majoriti Orang Korea Takde Masalah Bau Badan, Ini Sebabnya…

Feature 4 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Disebabkan cuaca di Malaysia yang panas, pemakaian deodoran merupakan perkara yang paling penting selepas mandi dan sebelum keluar rumah. Bayangkan kalau korang pergi kerja terlupa nak pakai lepastu ketiak berpeluh, memang ‘semerbak’ lah bau satu pejabat. 


Namun, kebanyakan orang Korea tak perlu pakai deodoran dan tak perlu risau kalau ‘ketibas’ (ketiak basah). Menurut The Korea Times, hanya segelintir orang Korea sahaja yang mempunyai gen ABCC11. Untuk pengetahuan korang, gen ABCC11 ini lah yang akan menyebabkan badan korang berbau. Bertuah betul dorang ni, tak payah beli deodoran setiap bulan. 

Bau 1

Kajian yang dilakukan oleh University of Bristol mendedahkan bahawa hanya 0.006 peratus sahaja orang Korea yang ada gen ABCC11. Menurut laman web berita sains, LiveScience, ahli epidemiologi genetik di University of Bristol yang menerbitkan kertas kajian mengenai gen ABCC11, Ian Day mengatakan,

Gen ABCC11 merupakan gen yang akan menentukan sama ada ketiak anda akan menghasilkan bau yang tidak menyenangkan ataupun tidak.” 

Jadi, kalau orang Korea berpeluh pun, kebanyakan mereka tidak akan berbau. Selain itu, menurut Koreaboo, orang Korea juga dikatakan mempunyai jumlah apocrine gland yang rendah. Difahamkan, bau badan berasal daripada rembesan kelenjar ini.

Kajian tersebut dibuat berdasarkan Allel Frequency Database (ALFRED) iaitu pengkalan data oleh Universiti Yale. Pengkaji juga menyimpulkan bahawa nisbah tersebut juga merupakan yang terendah di dunia.

Bau 3
Gambar sekadar hiasan

Sebab ini lah ramai yang kata susah untuk pelancong cari atau beli deodoran di Korea Selatan, lapor Daily Vanity. Jadi, kalau korang nak bercuti di Korea untuk jangka masa yang lama, jangan lupa bawa stok deodoran dari Malaysia secukupnya.

 

Baca: “Peluh kita sebenarnya tak ada bau pun” – Doktor Kongsi 4 Punca Penyebab Masalah Bau Di Badan Kita 

Bau

Sumber: Koreaboo

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.