in

“Peluh kita sebenarnya tak ada bau pun” – Doktor Kongsi 4 Punca Penyebab Masalah Bau Di Badan Kita

Cats 7

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Salah satu perkara yang menganggu segelintir golongan adalah masalah bau di beberapa bahagian tubuh mereka. Muncul bau kurang enak ketika bercakap, ada yang ketika berpeluh dan ada juga yang ketika tanggalkan kasut.

Ramai yang anggap ini sebenarnya masalah kebersihan kan?  Untuk pengetahuan, ia sebenarnya ada kaitan dengan keksihatan kita tau! Jadi, Dr.Irma Shida kongsikan punca sebenar ia boleh terjadi.


 

1. Mulut busuk

Elvj8L1Uyaezlle

Tak ada orang yang nak mulut busuk so ramai yang akan beli gula-gula getah atau penyembur mulut untuk hilangkan bau tersebut. Ingatkan masalah ni akan selesai bila beli gula-gula getah ke penyembur mulut tu semua tapi bau mulut tu masih ada. Jadi, apa puncanya?

Kajian mendapati 90 peratus daripada individu yang ada masalah bau mulut busuk secara berterusan ni ada jangkitan kaviti. Gigi rosak atau yang terhakis pun boleh jadi sebab kenapa mulut berbau.

Selain itu, bakteria membiak dekat bahagian celah-celah gigi dan lidah pun boleh buat mulut kita jadi busuk juga.

 

2. Mulut bau macam buah-buahan

Elvnv5Dvoaa9Sqx

Mungkin jarang berlaku, tetapi jika ada berlaku seperti ini, Dr. Irma menasihati agar segera berwaspada sebab ia adalah salah satu tanda ketoasidosis diabetik  badan tak boleh nak proses gula sebab tak cukup insulin.

Kata beliau,sistem tubuh kita akan guna lemak badan sebagai alternatif untuk gantikan insulin dan ia seterusnya akan lepaskan ketosis ke dalam darah dan  ini boleh membahaya nyawa.

 

3. Peluh berbau

Untuk pengetahuan,  Dr. Irma kongsikan sebenarnya peluh kita tak ada bau pun. Ia berbau sebab campur dengan bakteria yang akan buatkan peluh tu jadi asid.

Jadi, kalau ada antara kawan korang yang ada bau badan lagi-lagi bahagian bawah lengan tu buat orang sekeliling tak selesa, itu mungkin ada kena mengena dengan hormon.

Untuk atasi masalah ni, salah satu caranya ialah ubah cara permakanan yang lebih sihat ataupun guna larutan tawas untuk atasi masalah bau badan. Kalau guna secara berterusan, masalah bau badan pun akan hilang secara semula jadi.

 

4. Bau kaki

Elvnf10Vmaewsjg

“Kalau nak tahu, kaki manusia ada lebih kurang 250,000 kelenjar peluh di kedua-dua belah. Macam I mention tadi, peluh kita tak ada bau pun.”

Kata Dr. Irma, jadi kalau kaki tiba-tiba busuk,beliau mengatakan bahawa bakteria yang membiak dekat kaki kita telah bertindak balas dengan tukar peluh jadi asid.

“Bila kebersihan kaki tak jaga, possibility untuk jangkitan bakteria adalah tinggi. Bakteria dekat kaki ni cukup suka stoking dan kasut bertutup.”

So, cara terbaik untuk hilangkan bau dekat kaki ialah you kena rajin tukar stoking dan jangan pakai kasut sama setiap hari.

Tapi kalau lah korang  terpaksa guna stoking dan kasut yang sama setiap hari, Dr. Irma cadangkan guna foot spray untuk matikan segala jenis kuman dan pastikan kaki sentiasa bersih dan segar.

 

5. Kentut busuk

Ia berpunca daripada kembung perut dan Dr Irma mengatakan ia memang normal untuk sistem penghadaman manusia.

“Ramai orang akan kentut kira-kira 10 sampai 20 kali setiap hari. Apa yang buatkan bau busuk tu sebab you mungkin ada masalah penghadaman ataupun ia turut terdedah pada kuman atau bakteria dalam perut.”

 

Baca : “Kalau kentut satu rumah bau” – Lelaki Jumpa Petai Gergasi Sepanjang 1 Meter

Petai

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.