in

“Tak pasti siapa dia cuba hubungi” – Pengarah Studio Kembara Jawab Isu ‘Tak Angkat Call’ Adi Putra

Collage 32

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebentar tadi agak kecoh di media sosial apabila pelakon utama filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan, Adi Putra telah memuat naik luahan kecewanya dengan pihak Studio Kembara.


Dikatakan, Adi sukar nak menghubungi pihak Studio Kembara sehinggakan pelakon ini membuat keputusan untuk tidak mahu hadir ke tayangan gala filem ini di Jakarta.

Ekoran ini, Penerbit dan Pengarah Urusan Studio Kembara, Abdul Rahman Mt Dali mengatakan individu yang dimaksudkan oleh Adi Putra itu bukanlah dirinya kerana dia sendiri pun baru tahu mengetahui tentang perkara ini pagi tadi, lapor Harian Metro.

Bukan saya.

“Saya pun kawan baru hantar pagi ini, tiba-tiba saja. Saya tak pasti siapa yang dia hubungi. Nanti saya dapatkan maklum balas daripada kakitangan siapakah yang dia cuba hubungi.”

Tambahnya lagi, dia akan bertanya kepada kakitangannya dulu mengenai perkara ini kerana mungkin mereka masih tidur ketika panggilan dibuat ekoran terdapat perbincangan sehingga lewat malam semalam.

Tunggu saya dapat respons staff dulu. Ada ke Adi Putra ‘call’ tapi tak jawab. Pagi ni depa mungkin tidur lagi. Semalam ada diskusi lewat malam.”

Selain itu, Abdul Rahman turut menafikan ada isu mengenai pembayaran atau bonus seperti dispekulasikan orang ramai kerana sebelum ini tiada isu berbangkit.

Untuk pengetahuan korang, filem Mat Kilau bakal ditayangkan di 200 pawangam di seluruh Indonesia bermula 31 Ogos ini dan tayangan perdana akan dibuat pada 26 Ogos nanti.

Harapnya isu ini dapat diselesaikan dengan cara baik oleh kedua-dua belah pihak.

 

Baca: “Kami mohon maaf” -‘Mat Kilau’ Enggan Hadir Tayangan di Indonesia, Pihak Produksi Akhirnya Buka Mulut?

Mat Kilau Tayangan Indonesia

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.