Min yakin, pasti ramai di antara kita yang dah pernah lihat kucing bersin, namun pernahkah anda lihat seekor harimau yang garang pula bersin?
Kalau belum pernah tengok, kali ini kami kongsikan dengan anda bagaimana seekor harimau bersin.
Video seekor harimau bersin telah dikongsikan di Twitter menerusi akaun TweetsOfCats baru-baru ini.
— Tweets of Cats (@PostsOfCats) January 15, 2023
Dalam video yang berdurasi selama sembilan saat itu, dapat dilihat seekor harimau sedang bersantai namun ia tiba-tiba bersin sebanyak dua kali.
Rata-rata warganet juga teruja melihat video berkenaan kerana ramai yang mengatakan bahawa video tersebut merupakan kali pertama mereka melihat harimau bersin.

Oleh sebab itulah, video itu telah meraih tontonan sehingga 3.3 juta kali di Twitter.
Bukan itu sahaja, ramai juga netizen yang mengatakan bahawa cara harimau itu bersin sangat comel seperti kucing peliharaan mereka dan ianya tidak menakutkan langsung.

Mungkin tak takut sebab kita tengok dalam video, kalau tengok depan-depan, mesti terus berdesup lari sebab takut kan.
Sumber: Twitter @TweetsOfCats
Baca: “Memang macam real”- Penduduk Gempar, Terjumpa Penampakan Singa Dalam Semak, Rupanya…

