Seperti yang semua sedia maklum, penyanyi nasyid, Suhaimi Saad sebelum ini pernah menyatakan pendiriannya untuk menolak vaksin dan tidak percaya dengan perubatan moden.
Malah dia juga ada memuat naik posting di Instagram, menyokong tindakan 779 orang guru di Johor yang menolak menerima vaksin di samping mengkritik netizen sebagai ‘lembu’.
Tindakannya itu mengundang kemarahan netizen walau bagaimanapun melalui beberapa lagi posting Instagram, Suhaimi menyifatkan netizen sebagai ‘koyak’ kerana tidak boleh menerima pendiriannya yang menolak vaksin.
“Mohon PDRM ziarah beliau” – PU Syed
Tidak bersetuju dengan tindakan Suhaimi memanggil penerima vaksin lembu, Pencetus Ummah (PU) Syed menerusi Instagramnya semalam meminta PDRM untuk menziarahi penyanyi nasyid tersebut.
Tambahnya lagi, dia juga meminta Suhaimi untuk mendapatkan rawatan selanjutnya jika berasa ‘tidak sihat’ dan memohon suami kepada Ina Naim untuk berhenti memanggil penerima vaksin sebagai lembu.
Mohon @pdrmsia_official ziarah beliau. Jauh sangat dah ni. Jika kurang sihat, dapatkan segera rawatan.
“Jika tak nak vaksin jangan dilembukan orang yang menerima vaksin. Hiduplah dalam dunia kamu yang penuh kesenian tu,” tulisnya.
Posting tersebut walau bagaimanapun tidak menerima sebarang komen kerana PU Syed telah menutup bahagian itu untuk mengelakkan sebarang perkara negatif dilontarkan netizen.
Haish admin pun tak tahu nak cakap apa dah mengenai SS ni. Yang penting korang kat luar sana stay safe dan terus mematuhi SOP ya!