Seorang jururawat dari Jerman telah dijatuhi hukuman penjara seumur hidup selepas disabitkan kesalahan membunuh 10 orang pesakit warga emas dengan alasan mahu kurangkan beban tugasnya di hospital.
Menurut sumber, lelaki yang berusia 44 itu berkhidmat di Hospital Rhein-Maas-Klinikum di Bandar Wurselen dan ditahan pada bulan Julai pada tahun 2024.
Artikel berkaitan : Asyik Kena Jeling Dengan Rakan Sekerja, Jururawat Menang Pampasan RM143,000
Artikel berkaitan : Jururawat Nak Bantu Individu Kemalangan Ma*t, Rupanya Mangsa Teman Lelaki Sendiri
Dalam perbicaraan mendapati bahawa perbuatan kejam tersebut dilakukan antara tahun 2023 dan 2024 di wad rawatan paliatif unit khas untuk pesakit tenat.
Disebabkan tindakannya itu, seramai 10 pesakit maut, dia juga didakwa atas cubaan membunuh 27 yang lain.
Pendakwa raya memaklumkan bahawa jururawat tersebut telah melakukan perkara tersebut dengan tujuan untuk memudahkan tugasan syif malamnya dan mahu tenangkan pesakit supaya tidak perlu dijaga dengan teliti.

Hasil siasatan turut mendedahkan yang lelaki tersebut tidak pernah berminat dengan profesion kejururawatan, malah dia dikatakan tidak tahan melihat keadaan pesakit yang sedang nazak.
Malah, pendakwa raya turut menyatakan bahawa tertuduh telah menghidap gangguan personaliti dengan ciri narsistik serta sedar sepenuhnya bahawa dos yang berlebihan yang dia berikan mampu membunuh pesakit.
“Dia tidak berasa simpati terhadap pesakit-pesakit ini, sedangkan ramai antara mereka masih mempunyai harapan dan tujuan hidup walaupun dalam keadaan sakit tenat.”
Kes tersebut telah menggemparkan Jerman dan ia telah mencetuskan perdebatan mengenai kawalan keselamatan serta tahap pemantauan terhadap kakitangan perubatan di hospital negara itu.
Sumber : mStar Online
