in

“Tak nak mati sebab apa kerajaan nak” – Sijil Palsu Vaksin COVID-19 Dapat Permintaan Tinggi Di Rusia

Sijil Palsu Vaksin E1627097456549

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pada 16 Jun lalu, Datuk Bandar Moscow telah mengarahkan suntikan vaksin mandatori kepada penduduk di ibu kota Rusia yang bekerja dalam industri perkhidmatan susulan peningkatan mendadak kes jangkitan COVID-19 di negara itu.


Walaupun usaha itu disambut baik ramai pihak, masih ada juga individu-individu yang enggan divaksin. Malah, ada yang sanggup menghabiskan wang untuk membeli sijil vaksin COVID-19 palsu di pasaran gelap.

251548D6Bfe0285F52D42Bb71C6C23Aa E1624683708953
Gambar hiasan

Lapor The Straits Times, seorang penduduk dari daerah Krasnodar yang hanya mahu dikenali sebagai Sergei, 30-an, berkata, dia memang tak berniat untuk menerima suntikan vaksin tersebut.

Menurut Sergei, dia percaya suntikan vaksin terbabit mempunyai banyak kesan sampingan dan ia hanyalah satu eksperimen.

“Saya tak mahu mati sebab apa yang kerajaan nak,” katanya.

Disebabkan itu, lelaki terbabit sanggup menghabiskan wang berjumlah 15,000 rubles (sekitar RM863.30) untuk mengupah seorang pengedar online bagi mendapatkan sijil palsu vaksinasi COVID-19.

Ap21010817938968 1 E1624683625113
Gambar hiasan

Difahamkan, proses yang perlu dilalui Sergei agak mudah dan memerlukannya untuk menghantar beberapa maklumat peribadi menerusi aplikasi Telegram. Tiga minggu kemudian, menerusi portal perkhidmatan kerajaan Rusia, Sergei mendapati dia layak menerima sijil kerana sudah lengkap menerima vaksin COVID-19. Padahal, dia sebenarnya tak pernah pun disuntik.

Walaupun ada individu yang mengadi mereka ditipu, masih ramai juga yang memberi ulasan mengatakan segalanya berjalan seperti yang dirancang.

60 peratus penduduk tak mahu divaksin

Af Sputnik 1903 E1624683856963

Untuk info, Rusia menggunakan vaksin jenis Sputnik V. Walaupun ada keraguan mengenai vaksin itu, pakar antarabangsa telah mengesahkan ia selamat dan efektif untuk digunakan.

Pun begitu, menerusi satu undian, masih ramai penduduk Rusia yang ragu-ragu dan kira-kira 60 peratus berkata mereka memang tidak merancang untuk menerima suntikan vaksin terbabit.

Meskipun, terdapat peningkatan dalam jumlah pendaftaran vaksin, ada pengedar sijil vaksinasi palsu di pasaran gelap berkata, dia mendapat kira-kira 20-30 tempahan setiap hari.

Di pasaran gelap biasa, warga Rusia boleh mendapatkan sijil vaksin palsu pada harga paling murah adalah 2,000 rubles (kira-kira RM115).

Sumber: The Straits Times

Baca: Netizen Rayu Geng Anti Vaksin Agar Tak Sebar Berita Palsu Kepada Warga Tua

Cover 12 E1624683506555

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.