in

“Tak nak masuk TV buat masa ni” – Adibah Noor Tolak Tawaran Muzik-Muzik Pada Tarikh Pengebumian

Ft Adibah Noor Tolak Tawaran

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sedikit demi sedikit kebaikan dan petunjuk didedahkan selepas hilangnya sebutir bintang dalam industri hiburan tanah air, Adibah Noor. Al- fatihah.


Menerusi murai.my, arwah Adibah Noor ada merakamkan satu single terbaru yang berjudul Kecurigaan selepas habis menyertai program Gegar Vaganza musim ke musim ke 8.

Oleh sebab itu, komposer lagu tersebut, Chevry Amry ada mendedahkan bahawa arwah Adibah Noor ada menerima jemputan untuk ke Muzik Muzik ke 37, namun ditolak.

 

Beberapa kali menolak masuk Muzik Muzik 37 lagu Kecurigaan. Rupa-rupanya 19 June adalah hari pengkebumian akak.”

Menerusi pendedahannya di Instagram, jemputan itu jatuh pada 19 Jun 2022, namun tawaran itu telah ditolak beberapa kali.

Dalam foto keratan perbualan mesej menerusi aplikasi WhatsApp, arwah Adibah Noor menyatakan bahawa beliau tidak mahu muncul di kaca televisyen buat sementara waktu. Walaubagaimanapun, siapa sangka bahawa tarikh itu sebenarnya merupakan tarikh pengebumiannya.

Ujar Chevy lagi, dia sebelum ini dapat merasakan bahawa arwah memang berada dalam keadaan yang tidak sihat. Menerusi laporan BOOM! lirik Kecurigaan secara kebetulan menggambarkan situasi sebenar Adibah. Ia berdasarkan kisah-kisah sedih Adibah dan dalam masa yang sama penyanyi itu juga begitu mendalaminya.

“Saya banyak baca kisah-kisah sedih Adibah. Mungkin saya menyelami situasi arwah dan kebetulan lirik itu dia sangat menghayatinya masa nyanyian.

“Bila arwah menghayati lirik, disebabkan itulah nyanyiannya sampai.”

Terdahulu, viral di media sosial mengenai tweet terakhir beliau yang membuatkan ramai sebak.

Baca : “Maaf, kali ni aku tak dapat tolong” – Tweet Terakhir Adibah Noor Buat Netizen Sebak

1Dib

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.